Bisikan Nurani
Wednesday, June 15, 2016
Monday, June 13, 2016
Sunday, April 27, 2014
MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW)
2.Kurma (کھجور)
3.Ara (انجير)
4.Anggur (انگور)
5.Madu (شہد)
1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
6.Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)
7.susu
8.Cendawan (کھمبي)
9.Minyak Zaitun (زيتون)
10.Delima (انار)
11.Cuka (سرکہ)
12.Air (پاني)
Ringkasan adab minum
Kadang-kandang Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS"
Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".
Saturday, May 11, 2013
Kelebihan Puasa Pada Kesihatan
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )
- Sistem
imun seseorang itu akan menjadi lebih baik dan mampu menangkis serangan
penyakit.
- Memelihara
anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun
di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama
lain.
- Kesan
lapar di dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara
berterusan.
- Puasa
membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul di dalamnya.
- Kekurangan
berat pada badan juga dapat dipulihkan segera dalam tempoh tidak lebih
daripada 20 hari.
- Dr.
Hisyam Ibrahim AI-Khatib, AL-Wafiz Fi al-Tib, Umman menjelaskan puasa :
o Telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman.
o Mewujudkan sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga. - Dr.
Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen
terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki.
Eksperimennya ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan
untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sepertimana berkesannya
puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang.
- Daripada
sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat
mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.
- Puasa
dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit
seperti kencing manis dan kegendutan.
- Menurut dua pengkaji Islam dari
Syiria dalam kitabnya yang berjudul At Tib Fil Quranil Karim menerangkan
berpuasa :
o Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan.
o Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan. Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda.
o melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.
Rokok Tingkat Risiko Pneumothorax
Friday, December 9, 2011
10 PESANAN YANG PERLU DIIKUTI
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
- Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
- Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
- Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
- Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
- Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
- Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
- Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
- Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
- Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
- Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Tuesday, October 4, 2011
CERITA UNTUK KEINSAFAN
Thursday, August 11, 2011
KEISTIMEWAAN PUASA DAN BULAN RAMADHAN
Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.
Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.
1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.
2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.
4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.
Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.
Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.
Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:
Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya
.
Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:
Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.
Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-
1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.
Wednesday, August 10, 2011
KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
Banyak ayat di dalam kitab suci Al-Quran menceritakan tentang kejadian manusia. tetapi anehnya setiap ayat-ayat itu terdapat percanggahan. percanggahan itu bukan atas sebab lain,tetapi Allah hendak kita mengkaji dan berfikir jawapan tersirat disebalik kata-kataNya.
Dalam Al-Quran, surah Ar-Rahman, ayat 14 ertinya : "Dia (Allah) menjadikan manusia dari tanah kering seperti tembikar (tanah yang dibakar)."
Surah Al-Hijr, ayat 28: "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa)."
Surah As Sajadah Ayat ertinya "...Dia (Allah) ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah"
Surah As-Safaat, ayat 11. Ertinya : "Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia daripada tanah liat."
Surah Ali Imran ayat 59. Ertinya "...Allah menciptakan Adam dari tanah.....kemudian Allah berfirman kepadanya : Jadilah (seorang manusia), maka jadilah ia."
Surah Al-Hijr, ayat 29. Ertinya "Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalam roh (ciptaan) Ku."
Penjelasan :-
1.Yang dimaksudkan 'sal sal' dalam Surah Ar Rahman ayat 14 ialah 'tanah kering' atau sesetengah kering' iaitu 'zat pembakar' (oksigen).
2.Di ayat 14 surah Ar Rahman ini juga disebut kata 'fakhkhar' yang maksudnya 'zat arang' (carbonium).
3. Dalam surah Al-Hijr ayat 28 juga ada disebut 'sal sal'. Manakala kata 'hamaa in' ialah 'zat lemas' (netrogenium)
4. Surah As Sajadah ayat 7 pula menyebut 'thien' (tanah). Maksud kata 'thien' dalam ayat tersebut ialah 'atom zat air' (hydrogenium)
5. Dalam surah As-Safaat, ayat 11 ada kata 'lazib' (tanah liat) yang maksudnya 'zat besi' (ferrum).
6. Yang dimaksudkan dengan kata 'turab' (tanah) dalam surah Ali Imran ayat 59 ialah 'unsur-unsur zar a li' (zat-zat anorganis).
7. Surah Al-Hijr, ayat 29. Ertinya "Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalam roh (ciptaan) Ku."
Ketujuh-tujuh ayat Al-Quran tadi, Allah telah menunjukkan tentang proses kejadian Nabi Adam sehingga berbentuk manusia lalu ditiupkan kepadanya sehingga berbentuk manusia bernyawa. Proses kejadian manusia ini melalui adunan 'zat arang' (carbonium), 'zat lemas' (nitrogenium), 'zat air' (hydrogenium), 'zat besi' (ferrum), yodium, kalium, silicium dan mangaan, yang disebut 'laazib' (zat-zat anorganis). Dalam proses persenyawaan terbentuklah zat yang dinamai PROTEIN.
Al-Quran telah menerangkan proses asal kejadian tubuh jasmani (visible) hingga kepada badan halusnya (invisible) sampai wujud seorang manusia. Adakah ayat-ayat ini ciptaan Nabi Muhammad? Bukan, melainkan ia disampaikan oleh zat Yang Maha Mengetahui iaitu Allah- Tuhan semesta alam.