Tuesday, August 24, 2010

Bangunan i


Di sinilah ilmu aku dapat semasa pertama kali menetap di sekolah pondok pisang.Banyak cabaran yang pernah di lalui untuk ke sini tapi semua cabaran2 itu sudah ku tempuhi bersama-sama sahabat ku.

SEJARAH PENUBUHAN YAYASAN KHAIRIAH


Sejarah penubuhan Yayasan Khairiah bermula dengan kepulangan Tuan Guru Haji Yahaya bin Taha dari
Tanah Suci Mekah pada tahun 1935, setelah tinggal di sana selama 12 tahun. Kepulangan beliau dari
tanah suci ini merupakan suatu rahmat kepada masyarakat Islam setempat yang dahagakan ilmu agama.

Diatas kesedaran inilah maka satu Jawatankuasa yang terdiri daripada Hj. Mohammad Zain Abdul
Rahman, Haji Mohd Taha, Haji Mohd Diah, Pak Cik Bakar dan lain-lain lagi telah mengadakan satu
mesyuarat dan bersetuju untuk mendirikan sebuah Madrasah dan pondok sebagai tempat kepada Tuan
Guru Hj.Yahaya untuk menyampaikan pelajarannya. Walau bagaimanapun pengajian ilmu agama pada
masa itu telah berjalan di rumah Hj. Mohd Zain dan Hj. Ahmad Awang Besar di Kampung Jerai.

Dengan gotong-royong penduduk kampung, telah didirikan sebuah madrasah diatas 18 batang tiang
ulat, beratapkan atap cucoh yang diambil dari kawasan rimba sekitar. Pembinaan madrasah ini
mengambil masa beberapa hari yang dikerjakan oleh 4 orang tukang secera sukarela. Mereka adalah
terdiri daripada Ismail Cek Mek, Pak Lang Kecik Cerok Rambai, Pak Cik Bakar dan Haji Dahaman Hj.
Salleh.

Terdirinya bangunan Madrasah ini telah menjadi asas kepada Tuan Guru Hj. Yahaya untuk
menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat sekitar yang dahagakan ilmu agama. Pada peringkat
awalnya hanya 8 orang murid sahaja yang belajar dari beliau. Mereka adalah terdiri daripada :

1) Yahaya Hj. Taib
2) Abdullah Awang Besar
3) Mohd Noh Awang Kecik
4) Ramli Abdullah
5) Hussin Abdullah
6) Chek Man Abdullah
7) Chek Hamad Chek Heng
8) Tidak dapat dijejaki

Ketika ini hanya pengajian Al-Quran sahaja yang diberikan, iaitu di waktu pagi. Pelajar-pelajarnya datang pada setiap pagi dari kampung sekitar kerana pada waktu tersebut belum lagi didirikan pondok.

Monday, August 2, 2010


Persembahan nasyid mawardi record yang menjadi kenangan kami semasa form 5
Para2 nasyid mewakili hostel mawardi 1,iaitu 3 orang sahaja..
Para nasyid yang di import dari KL dan kedah
Kenangan kami di Masjid Terapung Batu Feringgi
Masa kami dalam percutian 3 hari 2 malam di Batu Feringgi,lepas habis STAM09
Beessstttt