Thursday, April 28, 2011
TENTANG CINTA
KATA HIKMAH ORANG-ORANG SOLEH
Monday, April 18, 2011
SELEPAS BENCANA
Sebuah kilang terbakar selepas gempa bumi di Miyagi
Seorang wanita yang masih trauma terpaksa berada
di luar rumah selepas ranap akibat gempa bumi
Penduduk Iwaki berbaris panjang untuk mendapatkan makanan yang terhad kerana
bantuan kerajaan masih belum tiba
Sampah hanyutan tsunami selepas 48 jam. Bekalan elektrik masih terputus
dan air bersih disalur menggunakan tangki statik
Mangsa tsunami yang terselamat dibawa menaiki kapal laut
Penduduk menggunakan alat khas mengesan sebarang tanda kebocoran nuklear
Tentera Jepun berusaha mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan
Pegawai agensi nuklear memantau keadaan seorang penduduk yang disyaki
terkena radiasi akibat kebocoran janakuasa nuklear
Bangunan runtuh menyembah bumi di Miyagi
Pegawai membawa seorang penduduk yang terkena sinaran raidasi
untuk dibawa ke hospital di Fukushima
Pasukan penyelamat membawa mangsa runtuhan yang berjaya dikeluarkan
selepas hampir 35 jam tertimbusKereta tertimbus dan terjunam ke dalam lubang yang terbentuk
selepas gempa bumi di Rikuzentakata
Keadaan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi melalui udara selepas tsunami
Keadaan loji No 1 Fukushima Daiichi yang kali pertama meletup semalam
Keadaan pekan Minamisanriku dari udara selepas tsunami.
Dikhuatiri lebih 300 orang hilangKapal tersadai dihanyut arus laut tsunami menghempap rumah di Yamagata
Gerabak keretapi yang ditenggelami air selepas tsunami melanda
daerah padat penduduk di SendaiPenduduk yang terselamat berlindung di atas bangunan
sementara menanti bantuan tiba
Lagi kapal yang dihanyutkan arus tsunami di daerah Sendai
Kanak-kanak perempuan diselamatkan petugas bencana dan dibawa
ke pusat penempatan sementara di Natori
Beginilah keadaan dari jarak dekat loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi
selepas letupan pertamanya semalam
Mangsa warga emas dipapah sendiri oleh penduduk yang terselamat
dalam bencana gempa bumi di wilayah Ibaraki
Penduduk yang terselamat masih terperangkap dalam air tsunami
terpaksa menggunakan sampan buatan untuk keluar ke kawasan selamat
Keadaan sebatang jalan raya yang berombak akibat gempa bumi
dengan kekuatan 9.0 pada skala Richter
Perhatiakan gelombang magnitud yang berwarna hitam dan ungu,
pusat gempa bumi Jepun yang hanya 320 kilometer dari Tokyo
Tsunami sedang mengehentam Natori
Tsunami selepas hanya 30 saat menghentam Natori menyapu apa saja yang berada
di laluannya. Dianggarkan air laut masuk ke daratan sejauh
3 kilometer!
Friday, April 1, 2011
KENALI DIRI
Saidina Ali ra pula pernah berkata;
” Dirimu ini hanyalah kecil sahaja,tetapi dalam diri yang kecil ini engkau dapat melihat alam yang besar”.
Socrates sekali lagi menegaskan,”Alam adalah manusia besar,dan manusia adalah alam kecil”.
Akhirnya dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibni Hajar al-Asqalani,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Tidak ada seorang pun hamba di dunia mahupun di syurga akan menjadi mukmin yang sebenar melainkan apabila dia hampir dengan Allah swt.Dia tidak akan hampir dengan Allah swt melainkan lidah dan tangannya selamat dari menyakiti orang lain.Dia juga tidak akan menjadi muslim yang sebenar melainkan dia adalah seorang yang berilmu (alim).Dia bukanlah seorang alim yang sebenar melainkan dia mengamalkan ilmunya.Dia bukanlah pengamal ilmu yang sebenar melainkan dia seorang yang zahid.Dia tidak akan mencapai taraf zahid melainkan dia seorang yang warak.Dia tidak akan mencapai tahap warak melainkan apabila dia benar-benar mengenali dirinya.Dan dia bukanlah seorang yang benar-benar mengenali dirinya melainkan dia tahu apa yang diperkatakannya.”
Mengenali Hakikat Kejadian Manusia.
Manusia selalunya dikatakan mempunyai 3 unsur penting di dalam dirinya iaitu jasmani, aqli dan rohani.Setiap unsur–unsur ini mempunyai makanannya.Bagi melahirkan manusia yang seimbang,unsur-unsur ini hendaklah disuap dengan makanan yang telah ditetapkan oleh Penciptanya iaitu Allah swt.Manusia akan menjadi rosak binasa sekiranya unsur-unsur ini diracuni dengan pengisian yang memudaratkan.
1.Jasmani (Fizikal).
Iaitu tubuh badan yang sihat dan bersih.Ia merangkumi bahagian manusia yang dapat dilihat oleh pandangan mata kasar dan bahagian yang tersembunyi di dalamnya.Makanan bagi fizikal ialah keperluan lahiriah merangkumi makanan yang sihat dan berzat,pakaian yang bersih dan menutup aurat,persekitaran yang nyaman dan harmoni,tempat tinggal yang selesa dan aktiviti yang cergas.
Islam menuntut disiplin kehidupan dengan menuntut pemakanan yang halal dan bersih,berpuasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.Ini kerana penjagaan tubuh badan memberi kesan kepada kedua unsur-unsur Iaitu mental dan rohani.Justeru,Islam mengharamkan arak kerana ia boleh merosakkan mental dan merangsang manusia melakukan maksiat.Pemakanan yng halal memastikan darah daging yang bersih bagi memberi kesan kepada rohani yang bersih,mntal yang sihat dan zuriat yang baik.Ini disebut di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah ra berkata,Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala itu baik,tidak Ia terima melainkan yang baik.Dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang mukmin dengan apa yang Ia perintahkan kepada sekalian Rasul.Maka Allah Taala berfirman :”Hai sekalian Rasul?Makanlah dari segala yang baik-baik yang telah direzekikan kepada kamu”.Kemudian ia menyebut seorang lelaki yang menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): “Hai Tuhanku!Hai Tuhanku! Padahal makanannya haram,dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram;maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya!” (Hadith Riwayat Muslim)
2. Akal Dan Mental.
-Iaitu minda yang baik dengan pemahaman dan pemikiran yang baik.Ia bukan sahaja dilihat daripada kemampuan otak yang cerdik dan cerdas IQ-nya,tetapi akan yang mempunyai firasat dan pemahaman yang berlandaskan pemikiran dan pemahaman Islam yang sebenarnya.Maka,ia memerlukan pengisian yang keilmuan yang tinggi dan seimbang dari segi ilmu fardhu ‘ain dan ilmu-ilmu lain.
Justeru,proses ta’lim dalam menuntut ilmu diperlukan bagi mendidik akal manusia supaya mampu mengimbangi unsur-unsur fizikal dan rohani.Rasulullah SAW telah bersabda dalam menunjukkan kepentingan ilmu kepada manusia:
“Sesiapa yang mahukan dunia maka hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah dengan ilmu,dan sesiapa yang mahukan keduanya maka hendaklah dengan ilmu.”
3. Rohani (Hati)
-Unsur ini merupakan unsur yang terpenting dan menjadi pemimpin kepada unsur lain dalam mentadbir haluan manusia.Dari hati ia akan menyelaraskan jasmani yang bersih,emosi yang stabil dan pemikiran yang waras.Hati yang dimaksudkan ialah hati yang mampu berkata-kata mengerakkan segala inderadan mempunyai makna diri manusia itu sendiri.Bagi mendidik roh ia memerlukan tarbiyyah. Tarbiyyah dilakukan dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT dalam erti kata melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya dengan sebenar-benar penghayatan.Bagi menambah nilai kerohanian yang wujud ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui amalan-amalan sunat serta melakukan kebajikan.
“Dari Abu Hurairah An-Nu’man bin Basyir ra katanya,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;Sesungguhnya yang halal itu nyata dan haram itupun nyata dan diantara keduanya adalah perkara-perkara yang kesamaran,yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia.Maka barangsiapa memelihara diri dari perkara kesamaran,sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh di dalam kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala di sekeliling kawasan larangannya.Ketahuilah!Bahawa larangan Allah SWT ialah segal yang haramnya.Ketahuilah!Bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan apabila rosak,rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Itu yang dikatakan hati.”
(HR Bukhari dan Muslim)
BICARA LUQMANUL HAKIM
Hai anakku! Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah; orang yang membolehkan dirinya insaf dan sabar menerima nasihat orang lain, tandanya ia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah; berasa hina diri dlm ibadat dan bertaat kepada Allah Taala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepadaNya dan boleh menghindarkan diri daripada maksiat.
Hai anakku! Jauhkanlah dirimu daripada berhutang; sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripada temanmu itu, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.
Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat berat, tetapi akan lebih berat lagi dari itu, bila kau mempunyai tetangga yang jahat.
Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung; walau sedikit sahaja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.
Hai anakku! Kalau bertemu dua perkara, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri majlis perkahwinan maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingat diri pulang ke kampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingatkan diri kepada kesenangan duniawi sahaja.
Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberi makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.
Hai anakku! Janganlah engkau terus-menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya..(yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit, sedang yang pahit bisa menjadi ubat)
Hai anakku! Makanlah makanan bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, rundingkanlah urusanmu dengan alim ulama (dengan cara meminta nasihat kepadanya)
Hai anakku! Bukanlah baik namaya bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang sedang diperoleh belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya seperti perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkannya lalu dipikulnya tetapi dia tak larat membawanya, namun dia terus menambah lagi.
Oleh :Melakar Cinta Firdausi
KARISMA KEPIMPINAN
BAGAIMANA memperoleh karisma kepimpinan? Sebagaimana disebutkan oleh Hamka, ia dimaksudkan dalam bahasa Indonesia sebagai cahaya wajah.
Cahaya ini (kuasa karisma) diperoleh daripada dua sumber, iaitu pemberian terus daripada Allah, dan kedua, daripada pergaulan dengan mereka yang mempunyai karisma seumpamanya.
Karisma adalah kualiti istimewa yang wujud khususnya dalam kepimpinan, dan menarik perhatian ramai serta memberi inspirasi dan kecenderungan orang ramai untuk mengikutnya.
Kefahaman terhadap apakah itu karisma, berubah mengikut corak media hari ini. Peranan media telah menukar imej siapakah yang dimaksudkan dengan pemimpin berkarisma dengan meletakan kelompok korporat dalam konteks pemimpin berkarisma moden berbanding maksud yang difahami oleh masyarakat sebelum ini.
Terdapat beberapa elemen yang diperlukan dalam mewujudkan kepimpinan berkarisma. Seseorang harus menyedari bahawa dalam diri mereka mempunyai karisma yang tersendiri.
Namun kepimpinan berkarisma dilihat daripada tiga sudut yang berbeza; karakteristik pemimpin, ciri-ciri pengikutnya dan keperluan suasana. Gabungan ketiga-tiga ciri ini mewujudkan perhubungan dan kepimpinan berkarisma secara bersama.
Ahmad Naim Jaafar, penulis buku Siri-siri Karisma dan Pembangunan Diri, menyenaraikan beberapa karakter penting dalam memenuhi kriteria kepimpinan berkarisma.
- Persepsi manusia membentuk karisma anda.
Isu persepsi sangat penting bagi individu yang melangkah ke dunia kepimpinan.
Persepsi individu-individu sekeliling turut mencorakkan kemampuan seseorang untuk berketrampilan sebagai seorang pemimpin yang sedia untuk diikuti dan dihormati.
Kelompok masyarakat sentiasa menjadi hakim terhadap kepimpinan yang ditonjolkan.
Karakter yang seimbang menjadi faktor pencetus pemimpin berkarisma. Dalam kelompok yang dipimpin, ia tidak sekadar diukur dengan nombor tetapi ia lebih dinilai melalui pandangan seseorang terhadapnya.
- Membina keyakinan diri yang tinggi.
Nilai keyakinan diri yang tinggi menjadi faktor nombor satu dalam membentuk kepimpinan berkarisma.
Sikap percaya kepada diri, tidak mudah jatuh dengan desakan dan kritikan menjadi teras kekuatan pemimpin. Dengan erti kata lain, tidak ada sesiapa yang dapat merendahkan diri seseorang melainkan diri individu tersebut membenarkannya.
- Percaya terhadap idea dan pelaksanaannya.
Kepercayaan sepenuhnya terhadap idea juga menggambarkan siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin berkarisma. Pemimpin sebegini tidak cenderung menyentuh dan membawa sesuatu yang bersifat teknikal tetapi lebih kepada membina idea-idea umum yang akan dibina bersama kumpulan yang mahir untuk merealisasikannya. Dalam membina idea, pemimpin berkarisma akan membawa kumpulannya dalam mencapai matlamat bersama.
Sejumlah kutipan bukanlah fokus untuk membantu mereka yang memerlukan sebagai teras untuk menggerakkan persatuan, tetapi pemimpin akan membina fokus yang lebih besar dengan meletakkan perjuangan untuk membela nasib mereka yang malang menjadi pencetus kepada bergeraknya persatuan tersebut.
Idea dan fokus umum pemimpin akan seterusnya bertukar kepada tindakan-tindakan pelbagai bagi mencapai sasaran tersebut.
- Tenaga dan semangat yang berterusan.
Pemimpin berkarisma juga memiliki tenaga dan semangat yang tinggi.
Tenaga bukanlah sekadar tenaga fizikal pemimpin semata-mata, tetapi tenaga yang membakar semangatnya untuk terus bertindak dan memimpin serta melontarkan tenaga tersebut dengan semangat kasih sayang terhadap mereka yang dipimpinnya.
- Kemampuan menterjemah idea dan berkomunikasi.
Pada masa yang sama, kemampuan melontarkan keinginan dan kehendak terhadap mereka yang dipimpin, harus menjadi karakter seorang pemimpin berkarisma. Kegagalan dalam melontarkan secara jelas dengan kegagalan menyampaikan melalui komunikasi yang berkesan, menjadi penghalang kepada kerjasama antara pemimpin dan pengikut.
Akibatnya idea-idea yang bermanfaat dalam skala yang lebih luas tidak dapat dimanfaatkan dan diterjemah dalam tindakan susulan.
- Sentiasa membina imej secara aktif.
Pemimpin berkarisma haruslah membina imej secara aktif. Pemimpin bukan sahaja harus melihat dirinya dalam tetingkapnya sendiri, tetapi pada masa yang sama harus meletakan diri dalam tetingkap orang lain.
Pembinaan imej sendiri secara aktif dan langsung memperbaiki kekurangan lahiriah dan batiniah yang pada masa sama memperkemaskan keterampilan pemimpin.
- Bijak membaca perubahan sekeliling.
Kemampuan membaca perubahan sekeliling merupakan keperluan utama untuk pemimpin berkarisma.
Tanpa kepekaan membaca perubahan dan bersedia serta bertindak balas sesuai dengan perubahan tersebut, akan berlaku penolakan antara satu sama lain antara idea pemimpin dan perubahan.
- Mampu memotivasi orang bawahannya.
Dalam memotivasikan orang bawahan, pemimpian berkarisma harus tahu bagaimana mengetengahkan visinya dalam cara yang jelas dan mudah difahami.
Dengan kayu ukur dan matlamat yang jelas, menjangkakan yang terbaik, memberi perhatian kepada orang bawahan, memberi ganjaran yang sewajarnya, kemampuan menyampaikan mesej melalui cerita yang berkesan, meraikan kejayaan bersama dan menjadi model ikutan orang bawahannya.
Kesemua ini akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak dan dalam membentuk kepimpinan Muslim berkarisma yang cemerlang melalui acuan ini, ia memberi keuntungan dan ganjaran bersama kepada ummah untuk menikmati bersama.
Oleh Zamri Mohamad
BIMBINGAN DIRI
Berfikir taraf tinggi itu, Ialah berfikir yang dipimpin oleh Jiwa, Hasil fikirannya bak mutiara.
Apa sahaja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, Dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.
Tiga perkara yang orang tidak puas-puas memburunya, Ahli ilmu dengan ilmu, orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.
Ilmu adalah panduan, harta adalah alat, Kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran. Bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan.
Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, Ertinya ilmu dan amal itu tiada nilainya di sisi Allah dan manusia.
Ilmu yang memberi manfaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia, Ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan, Tetapi sangat sukar untuk kita nampak akan adanya.
Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya, Membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya, Jikalau diberikan kepada orang ia akan bertambah, Tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.
Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk, Begitulah orang yang berilmu apabila tidak berjalan dan bermusafir ia akan jumud dan beku.
Sumber ilmu ialah mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.
Biar sedikit cakap, banyak amalan, Biar sedikit berbincang tetapi membuahkan kesepakatan, Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.
Buah akal ialah ilmu pengetahuan, Buah jiwa atau hati ialah iman, Buah Fizikal ialah kemajuan, Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga ini melahirkan buah di dalam kehidupan.
Alim lisan, pandai bercakap, tidak berbakti, Alim hati, kurang bercakap, banyak berbakti, Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.
Oleh :Melakar Cinta Firdausi