Wednesday, October 27, 2010

HANYA SEBUAH RENUNGAN HIDUP

Tuhan yang Mahabaik memberi kita ikan, tetapi kita harus mengail untuk mendapatkannya.

Demikian juga Jika kamu terus menunggu waktu yang tepat, mungkin kamu tidak akan pernah mulai.

Mulailah sekarang…
mulailah di mana kamu berada sekarang dengan apa adanya.

Jangan pernah pikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tapi sadarilah bahwa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya.

Perkawinan memang memiliki banyak kesusahan, tetapi kehidupan lajang tidak memiliki kesenangan.

Buka mata kamu lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya.

Menikahi wanita atau pria karena kecantikannya atau ketampanannya sama seperti membeli rumah karena lapisan catnya.

Harta milik yang paling berharga bagi seorang pria di dunia ini adalah….hati seorang wanita .

Begitu juga Persahabatan, persahabatan adalah 1 jiwa dalam 2 raga

Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah tangan Tuhan untuk menjaga Kita.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi Jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain… tapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

Karena semua manusia itu baik kalau kamu bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak bisa melihat keduanya.

Begitu juga Kebijakan, Kebijakan itu seperti cairan , kegunaannya terletak pada penerapan yang benar, orang pintar bisa gagal karena ia memikirkan terlalu banyak hal, sedangkan orang bodoh sering kali berhasil dengan melakukan tindakan tepat.

Dan Kebijakan sejati tidak datang dari pikiran kita saja, tetapi juga berdasarkan pada perasaan dan fakta.

Tak seorang pun sempurna.
Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak.

Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah.

Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di depan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam kita.

Kamu tak bisa mengubah masa lalu….
tetapi dapat menghancurkan masa kini dengan mengkhawatirkan masa depan.

Bila Kamu mengisi hati kamu …..
dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, Kamu tak memiliki hari ini untuk kamu syukuri.

Jika kamu berpikir tentang hari kemarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, berarti kamu sudah berada dijalan yang benar menuju sukses.

Mu'adz - Amrullah (Baitul Maqdis)

Monday, September 6, 2010

PESAN RASULLAH S.A.W.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga.Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik .Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

Wanita Basaqah : ada 2 makna: Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia.
Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu,.Orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam. Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini...Amin Salam Ukhwah

Tuesday, August 24, 2010

Bangunan i


Di sinilah ilmu aku dapat semasa pertama kali menetap di sekolah pondok pisang.Banyak cabaran yang pernah di lalui untuk ke sini tapi semua cabaran2 itu sudah ku tempuhi bersama-sama sahabat ku.

SEJARAH PENUBUHAN YAYASAN KHAIRIAH


Sejarah penubuhan Yayasan Khairiah bermula dengan kepulangan Tuan Guru Haji Yahaya bin Taha dari
Tanah Suci Mekah pada tahun 1935, setelah tinggal di sana selama 12 tahun. Kepulangan beliau dari
tanah suci ini merupakan suatu rahmat kepada masyarakat Islam setempat yang dahagakan ilmu agama.

Diatas kesedaran inilah maka satu Jawatankuasa yang terdiri daripada Hj. Mohammad Zain Abdul
Rahman, Haji Mohd Taha, Haji Mohd Diah, Pak Cik Bakar dan lain-lain lagi telah mengadakan satu
mesyuarat dan bersetuju untuk mendirikan sebuah Madrasah dan pondok sebagai tempat kepada Tuan
Guru Hj.Yahaya untuk menyampaikan pelajarannya. Walau bagaimanapun pengajian ilmu agama pada
masa itu telah berjalan di rumah Hj. Mohd Zain dan Hj. Ahmad Awang Besar di Kampung Jerai.

Dengan gotong-royong penduduk kampung, telah didirikan sebuah madrasah diatas 18 batang tiang
ulat, beratapkan atap cucoh yang diambil dari kawasan rimba sekitar. Pembinaan madrasah ini
mengambil masa beberapa hari yang dikerjakan oleh 4 orang tukang secera sukarela. Mereka adalah
terdiri daripada Ismail Cek Mek, Pak Lang Kecik Cerok Rambai, Pak Cik Bakar dan Haji Dahaman Hj.
Salleh.

Terdirinya bangunan Madrasah ini telah menjadi asas kepada Tuan Guru Hj. Yahaya untuk
menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat sekitar yang dahagakan ilmu agama. Pada peringkat
awalnya hanya 8 orang murid sahaja yang belajar dari beliau. Mereka adalah terdiri daripada :

1) Yahaya Hj. Taib
2) Abdullah Awang Besar
3) Mohd Noh Awang Kecik
4) Ramli Abdullah
5) Hussin Abdullah
6) Chek Man Abdullah
7) Chek Hamad Chek Heng
8) Tidak dapat dijejaki

Ketika ini hanya pengajian Al-Quran sahaja yang diberikan, iaitu di waktu pagi. Pelajar-pelajarnya datang pada setiap pagi dari kampung sekitar kerana pada waktu tersebut belum lagi didirikan pondok.

Monday, August 2, 2010


Persembahan nasyid mawardi record yang menjadi kenangan kami semasa form 5
Para2 nasyid mewakili hostel mawardi 1,iaitu 3 orang sahaja..
Para nasyid yang di import dari KL dan kedah
Kenangan kami di Masjid Terapung Batu Feringgi
Masa kami dalam percutian 3 hari 2 malam di Batu Feringgi,lepas habis STAM09
Beessstttt

Thursday, July 29, 2010

Masuk Ke Syurga Kerana Kemurahan Allah

Assalamualaikum...kiriman doa buat sahabat di luar sana yang ku sayangi kerana allah...alhamdulillah,saya di sini sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri walaupun kekadang terasa lemah....doakan saya selalu dalam semua perkara yang baik2..di sini saya ingin berkongsi sebuah kisah kepada sesiapa yang rindukan syurga Allah....
Diceritakan dalam sejarah,dahulu kala hiduplah dua orang adik beradik.Anak pertama,ahli taat dan ibadah sedangkan anak kedua ahli maksiat dan dosa.
Setelah sekian lama ,ajal anak yang beriman itu makin mendekat .Lalu dia meninggal dunia.Ibunya tidak sedih dan tidak gelisah ditinggal olehnya.Setelah sekian lama,anak si ibu yang fasik dan ahli maksiat itu sakaratulmautnya pula makin mendekat.Ibunya sangat sedih dan takut.Si ibu menangisi nasib anaknya itu.
Anaknya itu bertanya kepada ibunya,"saudaraku yang lebih utama daripadaku itu pada waktu mati ibu merasa tenang tetapi ketika aku akan mati mengapa ibu merasa begitu takut?"ibunya menjawab,"Kerana dia itu suci dan mulia.Di alam barzakh dan hari kiamat dia dalam kenikmatan.Akan tetapi,kerana kamu di dunia berlumuran dosa,aku menjadi sedih."
"Ibu,jika saudaraku memiliki amal soleh dan punya bekal di akhirat,aku pun memiliki kemurahan Allah.Aku bertaubat dan akan pergi kepadanya dengan berharap pada kemurahannya.Engkau tidak kuat menahan azab yang menimpaku padahal cinta Allah sangat besar kepadaku."
Wetelah mengatakan demikian,dia pun meninggal dunia.Setelah itu si ibu bermimpi,dalam tidurnya dia menyaksikan anaknya itu mencapai darjat yang tinggi."Ibuku sayang,mereka menempatkan aku di syurga tujuh puluh darjat lebih tinggi daripada saudaraku.Saudaraku diberi balasan atas amalannya sedangkan aku diberi balasan atas kemurahan Allah."
Wahai sahabat yang ku sayang,Allah pasti akan menolong,memaafkan dan mengampuni kita kalau kita benar-benar bertaubat.Berapa kali pun dan seberapa besarnya dosa itu ,Allah akan mengampuni orang yang berdosa.Namun,kemurahan dan pengampunan Allah janganlah kita jadikan alasan untuk berulangkali melakukan kesalahan.Walaupun Allah akan mengampuni,kita tidak sepatutnya berulangkali melakukan dosa kerana akan menzalimi diri sendiri.Semoga kita berusaha untuk lebih dekat kepada Allah dan menjadi orang yang taat kepadanya.