Saturday, May 11, 2013

Kelebihan Puasa Pada Kesihatan


Salam semua..hari ni aku nak berkongsi tentang kelebihan berpuasa pada kesihatan. Kelebihan berpuasa ni bukan sahaja boleh melipatgandakan saham akhirat dan diampunkan dosa oleh Allah S.W.T dan doa tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T sepertimana sabda Rasulullah S.A.W  iaitu Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil, Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )
Malah berpuasa juga boleh mendatangkan kebaikan pada kesihatan kita. Antara kebaikannya adalah:
  1. Sistem imun seseorang itu akan menjadi lebih baik dan mampu menangkis serangan penyakit.
  2. Memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain.
  3. Kesan lapar di dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan.
  4. Puasa membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul di dalamnya.
  5. Kekurangan berat pada badan juga dapat dipulihkan segera dalam tempoh tidak lebih daripada 20 hari.
  6. Dr. Hisyam Ibrahim AI-Khatib, AL-Wafiz Fi al-Tib, Umman menjelaskan puasa :
    o Telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman.
    o Mewujudkan sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.
  7. Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Eksperimennya ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sepertimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang.
  8. Daripada sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.
  9. Puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan kegendutan.
  10. Menurut dua pengkaji Islam dari Syiria dalam kitabnya yang berjudul At Tib Fil Quranil Karim menerangkan berpuasa :
    o Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan.
    o Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan. Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda.
    o melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.

Rokok Tingkat Risiko Pneumothorax



AHMAD (bukan nama sebenar) berusia 29 tahun. Menjalani gaya hidup seperti lelaki muda yang lain, pada mata kasar dia kelihatan sihat dengan susuk tubuh kurus (tidak terlalu kurus) dan tiada sebarang penyakit.

Namun anak muda itu merokok. Walaupun begitu, dia tidak pernah lupa bersenam terutama menghabiskan masa bersama teman bermain badminton, futsal dan sebagainya. Dari segi pengambilan makanan, dia tidak cerewet namun tidak juga terlalu berhati-hati.

Suatu hari, secara tiba-tiba Ahmad mengalami kesakitan di bahagian dada yang teramat sangat. Tanpa berlengah, dia terus berjumpa doktor. Ahmad tidak pernah mempunyai sebarang sejarah penyakit berkaitan jantung atau paru-paru. Dia terkejut apabila doktor mengesahkan dia mengalami pneumothorax.

Apa itu pneumothorax?Jarang berlaku, namun ia bukan sesuatu yang mustahil.Menurut Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Madya Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman, pneumothorax atau masalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga pleural antara paru-paru dan dinding dada berlaku apabila terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru atau paru-paru itu sendiri.

“Terdapat dua jenis pneumothorax. Yang pertama boleh berlaku secara tiba-tiba atau spontan dan ini dipanggil spontaneous pneumothorax. Masalah ini berlaku kepada mereka yang mempunyai gelembung udara nipis pada paru-paru sejak lahir dan apabila perubahan tekanan antara atmosfera dan rongga torasik berlebihan berlaku, ia akan pecah,” katanya.Keadaan itu katanya, boleh terjadi kepada lelaki berusia antara 15 hingga 30 tahun dengan bentuk fizikal kurus dan tinggi.“Sebanyak 10 peratus lelaki muda mengalami masalah ini dan di PPUKM sahaja, boleh dikatakan satu kes akan dirujuk setiap minggu,” kata beliau.Menurut beliau lagi, individu merokok meningkatkan lagi risiko pneumothorax.Dalam sesetengah keadaan, ia berlaku apabila kebocoran udara berterusan dari paru-paru ke rongga dada dan menyebabkan tekanan pada struktur dada termasuk saluran yang membawa darah kembali ke jantung.

Bila keadaan tersebut berlaku, pesakit akan mengalami sesak nafas, sakit dada, batuk-batuk dan mungkin pengsan. Keadaan itu boleh mengundang maut andai tidak dirawat dengan segera.

Jenis kedua pneumothorax pula kata beliau, berlaku disebabkan trauma fizikal seperti kemalangan melibatkan bahagian dinding dada seperti keretakan bahagian rusuk dan sebarang kecederaan tembus dada (tembak atau tikaman).Selain itu, pneumothorax juga boleh berlaku sebagai kesan penyakit paru-paru, termasuk cystic fibrosis, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), kanser paru-paru, asma dan jangkitan paru-paru.

Friday, December 9, 2011

10 PESANAN YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Tuesday, October 4, 2011

CERITA UNTUK KEINSAFAN

best cerita di bawah..memang tepat dan betul sekali......


kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia
duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada
pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri
saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini,
maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru
berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin
cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam,
maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan
sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak
lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada
murid-muridnya."Anak-anak,begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,
yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk
menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama
mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus
disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun
kalian terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti
membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi
sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang
lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik
kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru
kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""


Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan
letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya
adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak
karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan
lain-lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an.
Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan
musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan
terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak
akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda
perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin
membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.


Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya,
jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja
hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu,
Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh
Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan
perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan
lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam
dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri perang pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang
memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..


apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Thursday, August 11, 2011

KEISTIMEWAAN PUASA DAN BULAN RAMADHAN

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.

Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.


1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.


2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.


4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.

Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya

.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

Wednesday, August 10, 2011

KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

Banyak ayat di dalam kitab suci Al-Quran menceritakan tentang kejadian manusia. tetapi anehnya setiap ayat-ayat itu terdapat percanggahan. percanggahan itu bukan atas sebab lain,tetapi Allah hendak kita mengkaji dan berfikir jawapan tersirat disebalik kata-kataNya.

Dalam Al-Quran, surah Ar-Rahman, ayat 14 ertinya : "Dia (Allah) menjadikan manusia dari tanah kering seperti tembikar (tanah yang dibakar)."


Surah Al-Hijr, ayat 28: "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa)."


Surah As Sajadah Ayat ertinya "...Dia (Allah) ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah"


Surah As-Safaat, ayat 11. Ertinya : "Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia daripada tanah liat."


Surah Ali Imran ayat 59. Ertinya "...Allah menciptakan Adam dari tanah.....kemudian Allah berfirman kepadanya : Jadilah (seorang manusia), maka jadilah ia."


Surah Al-Hijr, ayat 29. Ertinya "Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalam roh (ciptaan) Ku."

Penjelasan :-

1.Yang dimaksudkan 'sal sal' dalam Surah Ar Rahman ayat 14 ialah 'tanah kering' atau sesetengah kering' iaitu 'zat pembakar' (oksigen).

2.Di ayat 14 surah Ar Rahman ini juga disebut kata 'fakhkhar' yang maksudnya 'zat arang' (carbonium).

3. Dalam surah Al-Hijr ayat 28 juga ada disebut 'sal sal'. Manakala kata 'hamaa in' ialah 'zat lemas' (netrogenium)

4. Surah As Sajadah ayat 7 pula menyebut 'thien' (tanah). Maksud kata 'thien' dalam ayat tersebut ialah 'atom zat air' (hydrogenium)

5. Dalam surah As-Safaat, ayat 11 ada kata 'lazib' (tanah liat) yang maksudnya 'zat besi' (ferrum).

6. Yang dimaksudkan dengan kata 'turab' (tanah) dalam surah Ali Imran ayat 59 ialah 'unsur-unsur zar a li' (zat-zat anorganis).

7. Surah Al-Hijr, ayat 29. Ertinya "Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalam roh (ciptaan) Ku."


Ketujuh-tujuh ayat Al-Quran tadi, Allah telah menunjukkan tentang proses kejadian Nabi Adam sehingga berbentuk manusia lalu ditiupkan kepadanya sehingga berbentuk manusia bernyawa. Proses kejadian manusia ini melalui adunan 'zat arang' (carbonium), 'zat lemas' (nitrogenium), 'zat air' (hydrogenium), 'zat besi' (ferrum), yodium, kalium, silicium dan mangaan, yang disebut 'laazib' (zat-zat anorganis). Dalam proses persenyawaan terbentuklah zat yang dinamai PROTEIN.


Al-Quran telah menerangkan proses asal kejadian tubuh jasmani (visible) hingga kepada badan halusnya (invisible) sampai wujud seorang manusia. Adakah ayat-ayat ini ciptaan Nabi Muhammad? Bukan, melainkan ia disampaikan oleh zat Yang Maha Mengetahui iaitu Allah- Tuhan semesta alam.

Friday, June 10, 2011

MENCUCI HATI



Dari Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

MENEPIS DENGKI DAN IRI HATI

Tidak sedikit hati manusia itu terkontaminasi rasa dengki dan iri hati, salah satu jenis penyakit hati ini adalah yang pertama kali muncul di langit dan di bumi melanda seorang manusia putra Adam as. bernama Qabil yang kemudian berakibat fatal sebab kedengkian yang sangat memuncak karena berbagai faktor kompetitif pengorbanannya kepada Tuhan Allah SWT terhadap adiknya Habil.
Akibat dendam kesumat yang begitu membara membelenggu hati Qabil itu hingga terjadi tragedi bedarah pertama memerciki bumi yang masih suci kala itu dengan teganya sang kakak membunuh adik kesayangannya sendiri Habil.
Inilah petaka kedengkian hati yang telah sukses pertama kali dilakukan manusia atas ulah rayuan iblis dimuka bumi ini. Kedengkian kedua adalah keirian iblis terhadap Adam as. ketika diperintahkan Tuhan untuk rukuk dan sujud padanya namun ia merasa congkak dan kesombongannya menganggap ia lebih hebat dari pada penciptaan manusia (Adam) atas dirinya.”Engkau ciptakan saya dari api sedang Engkau ciptakan dia dari tanah”. (Al-A’raf: 12).
Kemudian hal yang sangat kita waspadai sekarang, seiring perjalanan waktu kehidupan manusia terhadap bahaya kedengkian dan iri hati yang semakin berkembang diberbagai kausalitas peristiwa ditengah masyarakat saat ini, manakala tuntutan hidup manusia sangat multi kompleks dan serba kompetitif yang mungkin tak dapat dihindarkan.
Mulai dari hal yang sepele tentang harta, rizqi, pangkat, jabatan serta kedudukan di suatu institusi lain yang semua itu sifatnya hanyalah sementara (fana) seringkali menjadi pemicu maraknya kedengkian di tengah masyarakat yang sangat rentan. Sehingga ujung-ujungnya tak lain adalah kebutuhan perut hingga persaingan-persaingan prestise pribadi.
Betapa bahaya dari perasaan dengki dan iri hati itu jika dibiarkan berkeliaran di belantara hati manusia maka yang akan terjadi adalah rasa hasud, dendam, dan ketidak puasan. Bahkan perilaku tidak sportif lainnyapun kadang sanggup dijalankan, ada istilah menggunting dalam lipatan sesama teman seperjuangan, menohok dari belakang, lempar batu sembunyi tangan sangat mereka sukai.
Dari semua itu akhirnya lebih dekat pada suatu perpecahan dan pertumpahan darah karena pengusaan iblis yang jahat itu telah merasuk di hati manusia dengan memandang gelap sebelah mata terhadap kesuksesan dan kejayaan orang lain, na’udzu billah.
Tak sedikit contoh lain tragedi yang sering terjadi ditengah masyarakat kita atas berkobarnya rasa dengki dan iri hati itu, rasa emosi, unjuk rasa, saling tebar fitnah, saling mencerca dan bahkan saling teror terhadap sesama saudara kita sendiri.
Perlu kita fahami bahwa jika Tuhan Allah berkenan melimpahkan suatu kenikmatan kepada kita atau orang lain, maka ada dua sikap yang acap muncul dalam hal menghadapi keadaan ini. Pertama, ada perasaan membenci nikmat itu dan merasa suka jika nikmat itu lenyap darinya. Kedua, perasaan tidak membenci keberadaan nikmat itu dan tidak menginginkan ia lenyap, tetapi di dalam hatinya ada keinginan untuk mendapatkan kenikmatan yang serupa.
Pembaca yang budiman, marilah kita renungkan betapa kerusakan hubungan manusia karena sangat dipengaruhi rasa hasud, dengki dan iri hati yang dibiarkan membelenggu dada manusia. Sebab kemungkinan kurangnya kontrol dan filter dalam membangun harmonisasi komunitas sesama manusia (humanisme) diantara kita.
Ada pesan dari Az-Zubair bin Al-Awwam r.a, dia berkata, “Rasulullah saw. bersabda, “Kalian akan dijalari suatu penyakit umat-umat sebelum kalian yaitu dengki dan kebencian.” (At-Tirmidzy dan Ahmad).
Dalam sabda yang lain Nabi SAW bersabda, “Janganlah kalian saling membenci, saling memutuskan hubungan, saling mendengki, saling bermusuhan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”. (Al-Bukhary dan Muslim).
Demikianlah jika melihat fenomena yang telah banyak terjadi di pentas kehidupan manusia sejak Adam as. hingga akhir-akhir zaman ini, memang sudah diklaim oleh makhluk Tuhan yang lain yang disebut iblis maupun syaithan untuk senantiasa mengguncang hati-hati manusia agar selalu berbuat dengki dan iri hati dan menjurus pada kehancuran.Sebagai akhir urain ini maka kembali pada pesan Hadits diatas tersebut maka kita banyak diingatkan agar senantiasa tidak saling membenci, tidak saling memutus hubungan, tidak saling dengki dan bermusuhan. Maka diharapkan agar kita dapat menjadi hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Wallahu a’lam.

Monday, May 23, 2011

MUTIARA CINTA



"Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya. "

Tip : Beranikan diri anda, tabahkan hati dan bersedia menghadapi apa jua takdir yang bakal diterima kerana sesungguhnya, segala-galanya adalah dari kehendak Tuhan.
Semuanya adalah ketentuan dari Ilahi.
Semua orang pasti gagal, pasti menempuh saat-saat luka, kecewa dan berduka. Yang penting, anda boleh bangkit cepat dari segala-gala kedukaan dan kegagalan itu. Lantas tersenyum untuk menghadapi satu pertembungan yang baru, risiko baru...pengalaman baru!

Mutiara Cinta #2 :

"Kepada dunia, anda hanyalah satu manusia biasa, tetapi kepada satu manusia biasa, andalah dunianya."

Tip : Menghargai antara satu sama lain dan saling hormat-menghormati di dalam sesebuah perhubungan akan mempamerkan betapa pentingnya diri orang yang disayangi itu.

Sekiranya dia adalah segala-galanya untuk anda, dialah cinta hati anda, dialah dunia anda, maka biarlah pilihan anda itu juga sama-sama mempunyai niat dan perasaan yang sama seperti anda. Agar, anda tidak terkecewa di kemudian hari. Berpegang kepada keperibadian anda yang menyajunginya, InsyaAllah dia juga akan melakukan perkara yang sama!

Mutiara Cinta #3 :
"Sesungguhnya, cinta itu bukan buta tetapi insan yang bercinta itu hanya mahu melihat orang yang dia cinta."


Tip : Mencintai seseorang dengan membabi-buta adalah salah satu cara untuk anda menempuh kekecewaan di masa hadapan. "Let your options open". Maksud saya, di awal-awal perhubungan itu, biarlah diri anda tidak terikat hanya pada seorang sahaja.

Dengan mempunyai beberapa pilihan, itu tidak semestinya anda jahat. Tetapi anda menghargai diri anda. Anda bersifat berjaga-jaga agar pilihan anda tepat dan tidak akan mengecewakan anda di masa hadapan. Ramai yang memegang kata setia, tetapi akhirnya tersungkur kecewa, semuanya kerana anda tiada pilihan lain, dan terpaksa memilih yang tidak tepat pula. Love yourselves a lot more beb!

Mutiara Cinta #4 :

"Penyakit cinta yang amat menyakitkan adalah, mencintai orang yang mencintai orang lain."

Tip : Ingin saya sarankan untuk berkali-kalinya, apabila anda dapat tahu yang si dia sudah berpunya atau sudah pun bertunang, berkahwin, ANDA TIDAK PERLU BERSEDIH! Inilah masa paling best! Cepat-cepatlah melupakan dirinya dan terus saja memulakan lembaran baru dalam hidup anda. Kenal seramai-ramai teman baru, bina perhubungan baru, percintaan baru dengan orang baru!!...anda sudah tidak perlu lagi nak susah-susah takut ada orang yang nak jealous nanti.

Mutiara Cinta #5 :
"Jangan berkahwin dengan orang yang anda boleh hidup bersamanya, kahwinlah dengan orang yang anda tidak boleh hidup tanpanya."

Tip : Cuba anda jarak-jarakkan pertemuan anda dengan yang tersayang. Sentiasa adakan masa-masa untuk diluangkan bersama kawan atau keluarga yang agak-agak berjauhan dari bersama dengan si dia selalu. Saat inilah anda akan tahu, adakah anda atau si dia boleh menahan rindu atau tidak. Jika perasaan masing-masing macam biasa saja...cari orang lain je lah! TETAPI jika tak boleh duduk diam dan asyik terasa nak call saja...hmm, dia lah tu!

Mutiara Cinta #6 :

"Cinta yang benar-benar cinta, hanya akan lahir setelah segala kecantikan hilang dan musnah. Jika masih cinta, itulah cinta yang sebenar-benarnya. Jika tidak..."

Tip :
Dalam mencari dan mengenali cinta, apa yang anda harus buat ialah mengenali si dia di dalam waktunya yang paling bersahaja. Kalau wanita, biarlah waktu yang tanpa make-up atau tanpa bedak. Kalau lelaki biarlah waktu bangun tidur atau selepas bersukan. kemudian tanya diri anda sendiri, "Nak lagi ke? Suka lagi ke?"

Jika waktu paling buruk, paling busuk, paling kotor anda boleh terima. Maka, di waktu mana, berubah macamana sekalipun rupa dan fizikal, anda tetap cinta. Yang penting...dia pun samalah juga boleh terima. Nanti dia berubah hati, anda tak tahu pun. Berbincang sedari awal beb!

Mutiara Cinta #7 :

"Lebih baik pernah dicintai dan kehilangan cinta itu daripada tidak pernah dicintai langsung."

Tip : Sewaktu anda di dalam kekecewaan, cuba anda bersyukur banyak-banyak dengan nasib yang menimpa anda itu. Kerana, nasib anda tidaklah seburuk nasib mereka yang langsung tidak pernah bercinta dan tidak pernah dicintai...aduuuu. ..frust tau mereka ni...

Pernah juga bro duduk berbual-bual dengan mereka yang begitu susah untuk mempunyai kekasih, jauh sekali untuk bercinta dan jatuh cinta. Kesian.... di dalam diri mereka penuh dengan ketakutan dan keresahan akan perkara yang tak ujud! Risau pada perkara yang langsung tidak ada kena mengena... seumpama orang yang tak pernah keluar dari rumah berpuluh-puluh tahun!

Jadi, sekiranya kita terkecewa, dicurangi, terhina dari perhubungan lalu, relax je lah...ada orang yang lebih teruk dari kita yang langsung tidak pernah merasa bagaimana rasa cinta dan dicintai.

Mutiara Cinta #8 :
"Tiada ubat untuk mereka yang jatuh cinta, kecuali menambahkan lagi perasaan cinta dan sayang kepadanya."

Tip : Di dalam percubaan anda untuk mencapai kebahagiaan yang sempurna, anda kena teruskan momentum anda, JANGAN BERHENTI WALAU SUDAH BERJAYA!.

Maksud saya, walaupun dia sudah terpikat kepada anda...anda mesti teruskan memikat dan terus memberikan sepenuh kasih, sayang dan kehangatan cinta anda itu agar dia benar-benar yakin dengan anda sampai bila-bila. INGAT!...walaupun burung merpati sudah di dalam tangan anda, namun ia masih mampu terbang pergi tau.

Mutiara Cinta #9 :
"Persahabatan selalu juga berakhir dengan percintaan, tetapi percintaan tidak akan bertukar menjadi persahabatan kerana perasaan cinta akan sentiasa bersemadi di jiwa yang bercinta."

Tip : Sekiranya bekas kekasih anda berkata, "Kini kita hanya sekadar kawan..." Itu hanyalah sekadar mulutnya yang bercakap, bukan datang dari hati nurani. Setiap insan yang pernah bercinta, akan sentiasa merasakan cinta kepada bekas kekasihnya, cuma mereka menyembunyikan perasaan cinta itu dan tidak mahu meneruskan perhubungan itu lagi.

Even walau dia sudah memiliki cinta yang baru, rasa cinta kepada yang lalu masih bergelumang dilubuk sanubari. Apakah anda sendiri dapat melupakan tempat anda jatuh dan terluka? Inikan pula waktu dan ketika anda dilamun cinta...fuuuu. Tapi senyap-senyap je lah, bukan adaapa pun...perasaan tu masih cinta je, tapi cinta yang baru lagi best kan. So lebih baik jangan cakap kat kekasih tu ssshhht!!

From: Warisan Puteri