Wednesday, February 9, 2011

SEJARAH PENUBUHAN 2

Dari sehari ke sehari jumlah pelajar yang datang semakin bertambah. Pada masa yang sama juga para ahli Jamaah telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menghantar anak-anak mereka belajar Al-Quran daripada Tuan Guru. Maka berbekalkan nasi bungkus mereka datang ke Madrasah untuk belajar
membaca Al-Quran sehinggan jam 12.00 tengahari. Kemudian disambung dengan pelajaran Nahu.
Manakala di waktu malam pula mereka menadah kitab daripada Tuan Guru.

Di antara kitab-kitab yang dipelajari ialah :
1) Al-Matan Al-Ajrumiah
2) Mudkhola Al-Wusul Ila Makrifatu Ilmu Al-Usul

dan berbaki lagi tiga buah kitab jawi.

Datang belajar dari Tuan guru termasuklah mereka yang tinggal jauh dari Madrasah. Menurut sumberyang diperolehi orang pertama yang membina pondok ialah Awang dan Mohd Dom dari Bukit Hitam.Dalam masa yang sama juga rumah Tuan Guru dibina berhampiran Madrasah oleh anak muridnya.

Dengan bertambahnya bilangan pelajar-pelajar yang datang ke Madrasah yang sedia ada tidak mampu untuk menampungnya. Lalu diadakan mesyuarat untuk mendirikan yang lebih besar. Untuk mendirikan Madrasah yang baru ini kayu-kayunya diambil dari Kampung Tiak yang dibawa pulang melalui sungai.
Kerja pembinaannya dilakukan secara gotong-royong dimana setiap penduduk mempunyai tugas masing-masing. Pembinaannya memakan masa lebih kurang dua hingga tiga bulan. Dengan terdirinya Madrasah yang baru ini, Semakin ramailah lagi pelajar yang datang dan kemasyuran pondok Kampung Pisang semakin tersebar luas ke seluruh negeri Kedah serta ke negeri-negeri lain seperti Pahang, perak dan negeri Sembilan.

Pada tahun 1942, iaitu pada masa meletusnya peperangan Dunia Kedua, perjalanan Madrasah telah terhenti buat seketika. Tetapi pada tahun 1943 ia berjalan semula dan Tuan Guru Hj. Yahaya kembali mengajar seperti biasa. Pemerintahan Jepun tidak menghalang pondok-pondok dari menjalankan
kegiatannya. Dengan ini pelajar-pelajar kembali ramai datang. Sebagaimana catatan sejarah bahawa pendududukan Jepun di Tanah Melayu sangat membebankan, satu tempoh hidup yang meyeksakan,kekejaman berlaku sewenang-wenangnya. Mana-mana belia yang didapati tidak bersekolah atau tidak bekerja apa-apa akan ditangkap menjadi buruh paksa membina jalan ke Burma. Dengan demikian jalan yang paling baik bagi meyelamatkan diri dari mangsa kekejaman Jepun ini ialah dengan memasuki pondok-pondok seperti ini. Dengan cara ini juga sekaligus menyebabkan bilangan pelajar Madrasah
Tuan Guru ini bertambah dengan cepatnya sehingga hampir 500 orang. Pondok-pondok menjadi satu perkampungan

No comments:

Post a Comment