Saturday, March 12, 2011
SIFAT YANG MENYEJUTKKAN HATI
Kehadiran orang yang dikasihi adalah suatu penghargaan yang tidak ternilai. Kehadiran kekasih menerusi surat, telefon, foto, faks atau internet juga memadai.
Namun dengan berada di samping isteri dan sentiasa mendampinginya dalam setiap keadaan memberi kesan yang lebih mendalam kerana ia dapat membuatkan isteri rasa disayangi dan diperhatikan.
Dengan cara itu, pasangan suami isteri dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara leih utuh dan intensif. Adapun kualiti kehadiran juga penting. Jadikanlah kehadiran sebagai pembawa kebahagiaan.
2. Mendengar
Tidak ramai suami yang mampu melakukan perkara ini. Kebanyakan orang lebih suka didengari daripada mendengar, padahal keharmonian hubungan antara manusia amat ditentukan oleh kesediaan saling mendengar.
Dengan mencurahkan perhatian pada segala ucapannya, pastikan kita berada dalam keadaan yang benar-benar tenang sehingga kita dapat menangkap dengan jelas apa yang disampaikan.
Tatap wajahnya. Tidak perlu mengkritik, apalagi menghakimi. Biarkan dia meluahkan apa yang mahu disampaikan, ini memudahkan kita memberi tanggapan yang tepat setelah selesai. Tidak perlu penerangan yang panjang lebar atau penilaian yang terperinci, sekadar ucapan terima kasih pun akan terdengar manis baginya.
3. Diam
Seperti kata-kata, berdiam diri juga miliki kekuatan. Diam boleh digunakan untuk menghukum, mengusir atau membingungkan orang. Tetapi lebih dari segalanya, diam boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberinya kesempatan untuk merenung dan berfikir. Lebih-lebih lagi jika kita sudah terbiasa mengisi hari-hari yang dilalui dengan menasihati, mengatur, mengkritik bahkan mengomel.
Apabila kita banyak berdiam di hadapan isteri, ia dapat menyejukkan hati isteri yang sedang gelisah dan memerlukan suasana tenang dan nyaman.
Dengan diam itu bererti kita cuba menenangkan jiwanya. Ianya lebih baik daripada terlalu banyak berkata-kata kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.
4. Memberi Kebebasan
Menyayangi dan mengasihi seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang kita cintai. Bolehkah kita mengaku menyintai seseorang jika kita selalu mengongkongnya?
Memberi kebebasan adalah salah satu bukti dan tanda cinta. Makna kebebasan bukanlah ‘bebas berbuat sesuka hati’. Lebih dari itu, memberi kebebasan adalah memberi kepercayaan penuh untuk bertanggungjawab atas segala hal yang dia putuskan atau lakukan.
Memberi kebebasan kepada isteri akan mebuat isteri berasa dirinya dipercayai. Sebaliknya, menghadkan kebebasan isteri akan membuatkan dia rasa tertekan dan stress.
5. Bersiap
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Tampil indah dan rupawan juga merupakan sifat yang amat disukai wanita.
Wanita akan bangga jika orang yang disayangi iaitu suaminya pandai berpakaian kemas dan cantik. Kerana dengan begitu, dia boleh berbangga di hadapan rakan-rakannya.
6. Memuji dan Menghargai
Tanpa kita sedari, kita sering memberikan penilaian yang buruk terhadap fikiran, sikap dan tindakan orang tersayang. Seolah-olah tidak ada yag benar pada dirinya dan kebenaran mutlak hanya pada diri kita sahaja. Kali ini, cuba berikan tanggapan positif. Nyatakan penghargaan dan pujian anda dengan jelas dan tulus.
Cubalah ingat, berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala yang dilakukan demi anda.
Ingatlah pula, pernahkah anda memujinya. Kedua-dua perkara ini iaitu ucapan terima kasih dan pujian (dan juga permohonan maaf) adalah hadiah terindah yang sering kita abaikan.
7. Mengalah
Tidak semua masalah layak menjadi bahan pertengkaran. Apalagi hingga berlaku pergaduhan yang hebat. Pertimbangkanlah dahulu, apakah layak sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga porak-peranda hanya gara-gara masalah yang kecil dan remeh?
Oleh itu, setiap suami mestilah bersedia menunjukkan sifat ‘mengalah’. Anda mungkin kesal atau marah kerana si dia tidak memenuhi janji. Tetapi kalau kejadiannya baru sekali itu sahaja, kenapa dibiarkan pertengkaran berlarutan? Kesediaan untuk mengalah juga dapat melunturkan sakit hati dan mengajak kita menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
8. Senyuman
Percaya atau tidak, kekuatan senyuman amat luar biasa. Senyuman, lebih-lebih lagi yang diberikan dengan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika putus asa, pencerah suasana muram, bahkan ubat penenang jiwa yang resah.
Senyuman juga merupakan syarat untuk membuka diri menghadapi dunia sekeliling kita. Bilakah kali terakhir kita menghadiahkan senyuman manis pada orang yang dikasihi?
Sumber; airmien.wordpress.com
SiAPA KiTA TANPA MEREKA
"Ina, dah habis ke barang?" Umi dan Abi bertanya. Berpeluh mengangkat barang, membantu saya pindah masuk asrama.
"Ada lagi dalam stor". Umi tenang menjawab, "tak apalah, kita angkat sama-sama".
Satu rasa menyelinap ke dalam hati. Antara sayu dan terharu. Semuanya bercampur-aduk membuatkan saya terpana. Terasa ingin
didakap erat tubuh Umi dan Abi.
Tidak mahu dilepaskan lagi.
Pengorbanan
Umi mengangkat baldi di tangan kanan, bakul di tangan kiri sementara saya terkial-kial mengangkat satu kotak yang penuh berisi buku. Abi menunggu di luar, ingin menyambut huluran barang dari kami.
Basah sudah wajah dan tubuh Umi dan Abi. Semenjak siang menemani saya. Sejak dari pendaftaran kursus sehinggalah ke pengambilan kunci. Biarpun ada masalah sedikit, Abi tetap berkata, "tak apa..sabar, sabar".
Kemarahan yang mahu meresap ke relung hati serta-merta hilang. Kepenatan yang saya lalui sedikit memuhasabah diri, Umi dan Abi tentu lebih penat!
Situasi yang saya lalui, bukan sahaja dilalui oleh saya seorang. Apa yang dapat saya lihat, berduyun-duyun ibu bapa yang datang menghantar anak-anak memasuki semester baru. Mengangkat barang-barang yang berat biarpun terkial-kial. Namun senyuman tetap
terukir di wajah biar badan letih lesu.
Besarnya pengorbanan seorang ibu dan bapa.
Apakah anak-anak masih tidak mampu untuk melihat?
Saban hari, rumah-rumah orang tua semakin penuh terisi. Lupakah sudah si anak akan pengorbanan ibu dan bapa mereka?
Lupakah pada ibu yang mengandungkan sembilan bulan, lupakah pada ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki demi melihat hidup
anaknya terbela?
Anak vs Ibu Bapa
"Seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu", Abi bersuara di dalam kereta, menyatakan kekesalan pada anak-anak muda yang semakin lupa asal-usulnya.
Dalam diam saya mengiyakan. Betapa si ibu menatang anak-anaknya semenjak kecil dan mengasuh dengan kasih, tetapi apabila si anak telah dewasa, berjumpa pula dengan kekasih hati. Mindanya terus tertutup untuk memikirkan pengorbanan si ibu semenjak
dirinya kecil.
Hati ibu mana yang tidak terluka apabila anak-anaknya menengking-nengking, bercakap kasar, apatah lagi jika perbuatan buruk anaknya menjadi bualan mulut orang.
"Ah, diorang tu memang suka cakap pasal orang lain! Sibuk jaga hal orang! Sibuk buat fitnah!" katanya dengan ego.
Benar, benar sekali. Dalam Islam kita dilarang menabur fitnah. Tapi harus diingat, Islam juga menyuruh kita agar melindungi diri daripada menjadi bahan fitnah.
Bagaimana?
Contohnya, tidak mahu difitnah melakukan bukan-bukan kerana pakaian yang tidak elok, maka pakailah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.
Jika rasa dengan bermegah-megah dengan kelebihan mampu mendatangkan fitnah, maka merendah dirilah dalam segala hal.
Begitulah, Islam itu adil dan seimbang. Jika tidak mahu difitnah, jangan jadikan diri bahan fitnah.
Apabila orang sudah mula mengata, nilai kembali diri. Apakah mereka yang benar-benar salah, atau diri kita terlibat sama?
Yang mengata juga harus menilai diri. Jangan cepat benar menghukum. Hati manusia sungguh-sungguh tidak dapat ditembusi oleh minda manusia juga. Serahkan jagaannya pada Allah, pemilik seluruh alam..
Kembalilah
Wahai anak-anak muda sekalian! Kembalilah menuju cinta-Nya. Kembalilah menggapai redha-Nya dengan mendapatkan redha kedua ibu bapamu.
Apa ertinya hidup andai dipenuhi denganya benci dan dendam.
Apa ertinya hidup andai hati tidak tenteram.
Apa ertinya hidup andai diri sendiri tidak dapat memanusiakan diri.
"Jalan elok-elok. Jangan tidur masa drive". Saya memeluk erat Umi dan Abi. Sungguh saya sayang kalian sangat-sangat kerana Allah semata.
Maafkan segala kesalahan anakmu ini.
Sahabat, kembalilah dalam dakapan ibu dan bapamu.
Biar hatimu pernah terguris.
Biar jiwamu hancur dihiris.
Selagimana suruhannya tidak melanggar perintah Allah, cubalah untuk taat.
Ingatlah. Tanpa mereka, siapalah kita.
"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan
Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Ankabut, 29:8)
Sumber: iluvislam.com
Wednesday, March 9, 2011
KISAH 2 ANAK BURUNG
Ada dua ekor anak burung yang sudah meningkat dewasa. Anak burung yang pertama mempunyai keinginan yang kuat untuk belajar terbang. Dia belajar meloncat dari sarang untuk mencapai dahan yang disebelah sarang.
Sedangkan anak burung yang kedua tidak mempunyai kemahuan untuk belajar terbang. Dia merasa malas dan tidak mempunyai keberanian untuk belajar terbang. Baginya hidup disarang dan menerima makanan dari si ibu saja sudah cukup.Suatu hari anak burung yang pertama meloncat dan berusaha mengepakkan sayapnya, tapi apa daya, dia terjatuh dari atas pohon bergulingan ke tanah. Dia merintis kesakitan, lalu dia berusaha bangkit dan mencuba lagi. Perkara ini dilakukan berulang ulang. Sedangkan anak burung yang kedua memandang sambil bergumam, "buat apa susah-susah belajar terbang, daripada aku jatuh bangun dan badanku sakit, lebih baik aku tidur di sarang aja dan makanan akan datang dari ibuku."
Hingga pada suatu hari anak burung pertama telah berhasil terbang setelah belajar dan berjuang tidak kenal lelah. Dia telah boleh bercengkerama dengan burung lain dari dahan yang satu ke dahan yang lain, dari pohon satu ke pohon yang lain, dan dia sudah boleh mencari makan sendiri. Dengan riang gembira dia menjalani hidup dengan bebasnya. Sedangkan anak burung kedua dia hanya boleh melihat teman temannya yang telah bebas. Dalam hati dia menyesal, mengapa dia tidak mahu belajar terbang sejak dulu. Dia meratapi nasibnya yang
masih bergantung ke ibunya untuk makan.
Renungan:
memang hidup adalah pilihan. Sering kali pilihan untuk berjaya dimulai dengan jatuh bangun, pahit getir, atau bahkan meghadapi risiko yang bila kita membayangkan membuat hati kita ngeri untuk melangkah lebih jauh.
Tapi ingat, kalau kita tidak menghadapi risiko, kita tidak akan maju, kita akan bernasib sama dengan anak burung kedua, yang masih bergantung kepada orang lain. Kita akan merasa
ketinggalan dengan orang yang telah lebih dulu berjaya. Tidak ada salahnya kita belajar mengepakkan sayap. Hadapi dunia, terbang sejauh-jauhnya. Songsong cita-cita kita walaupun kita harus berpisah dengan orang yang kita sayangi. Walaupun kita akan merana, kesakitan,
sendiri, anggap saja ini ujian untuk mencapai hidup yang lebih baik.
61 PETUA BERGUNA
- Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.
2) Resdung
- Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
3) Kunyit mengurangkan rabun mata
- Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
4) Perut masuk angin
- Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
5) Perut Memulas
- Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
6) Telinga bernanah
- Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telinga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
7) Rambut Ubat Kaki Pecah
- Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
8) Jerawat
a. Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b. Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.
9) Rambut beruban
- Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
10) Melebatkan tumbuh rambut
-Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.
11) Membuang tahi lalat hidup
- Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
12) Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
- Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
13) Menghilangkan kesan jerawat
- Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.
14) Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
- Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.
15) Daun petai cina ubat seri muka
- Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat barulah dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.
16) Kudis buta
- Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
17) Bulu ketiak
- Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.
18) Cacar air
- Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
19) Menghilangkan bekas kurap di badan
- Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.
20) Menghilangkan bau ketiak
- Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.
21) Ubat panau
- Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.
22) Menghilangkan parut cacar air
- Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.
23) Gatal-gatal malam
- Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.
24) Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
- Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.
25) Gatal Kulit
- Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.
26) Menghilangkan Bulu Ketiak
- Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh. Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
27) Sakit bahagian buah pinggang
- Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas. Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.
28) Sakit siplis
- Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.
29) Bisa-bisa tulang
- Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
30) Lemah jantung dan darah tinggi
- Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.
31) Kencing manis
- Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan. Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.
32) Demam kuning
- Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.
33) Penyakit kuning
- Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
34) Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut
35) Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan airc.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal
36) Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:”Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.
37) Pening Kepala
- Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
- Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.
38) Ubat Kencing Batu
- Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
39) Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
- Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
40) Sakit Kepala
- Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang
iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala
41) Ubat sakit kepala
i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.
42) Cirit-Birit
- Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
43) Kencing Tidak Lawas
- Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
44) Menyembuhkan Luka
- Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.
45) Menyembuhkan sakit gigi
- Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.
46) Untuk mendapat anak
- Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.
47) Jika terlekat tulang
- Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
48) Untuk mengubati penyakit batu karang
- Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.
49) Penawar racun dan sengatan binatang berbisa
- Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.
50) Penawar jika dipatuk ular
- Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.
51) Penawar gigitan anjing gila
- Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.
52) Untuk merawati masalah batuk kering
- Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.
53) Penawar sesak nafas
- Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.
54) Penyakit gagap
- Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.
55) Batuk Biasa
- Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.
56) Benjol dan luka yang teruk
- Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.
57) Mempercepatkan penumbuhan rambut
- Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.
58) Mata berselaput
- Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
59) Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
- Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.
60) Pelembap muka
- Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.
61) Membersihkan Muka
- Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.
TEKNOLOGI CANGGIH PASANG BATU
37 TIPS MUDAH CARA MENJAGA LAPTOP
Tips mudah bagi penjagaan peralatan laptop. Kurungan [ info ] adalah maklumat yang saling berkaitan dengan tips penjagaan laptop anda. Disarankan anda turut membaca info yang diberikan.
[ INFO ] Peralatan Laptop / notebook :
1. Kebanyakkan laptop pada masa kini adalah mampu untuk digunakan dalam tempoh yang lama, lebih dari 24 jam bahkan 7 hari seminggu. Penggunaan lebih lama bermaksud akan mengurangkan jangka hayat laptop tersebut. Namun, bagi setiap laptop, 3 tahun adalah tempoh outdated yang bermaksud teknologi laptop tersebut telah terkebelakang dan tidak serasi dengan yang terkini yang menyukarkan proses upgrade peralatan.
2. Kebanyakkan notebook hanya boleh di upgrade dari segi kapasiti RAM dan hard disk. Upgrade bagi processor dan boards adalah tidak mustahil tetapi agak sukar.
3. Laptop seringkali mempunyai masalah habuk di dalam casing yang menyekat pengaliran udara dan boleh menyebabkan kepanasan kepada komponen2 seperti processor dan RAM. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan masalah stability dan komponent tidak tahan lama.
4. Setiap komponen hardware mempunyai spesifikasi yang perlu di turuti sekiranya anda berfikir untuk upgrade kepada komponent yang lebih baru (latest). Contohnya: DDR1 dan DDR2 adalah berbeza dari segi speed dan keperluan voltage, bahkan kaki sambungan juga sudah berbeza. Komponent hardware yang terkini tidak semestinya serasi atau disokong oleh spesifikasi peralatan yang sedia ada. Semak spesifikasi terlebih dahulu sebelum upgrade.
5. Komponen elektronik bahkan peralatan (hardware) komputer seperti processor, ram, graphic card, hard disk dan motherboards mempunyai jangka hayat (life-span) yang tertentu. Life-span kebiasaanya dikira dalam unit kegunaan per jam. Contoh: hard disk kebiasaannya mempunyai life-span dalam 100,000 H yang bermaksud ianya tahan sehingga 100 000 jam penggunaan (12 tahun).
6. Peralatan yang rosak, kebiasaannya terus ditukar ganti dengan yang baru. Namun, spesifikasi peralatan yang baru haruslah boleh diterima oleh spesifikasi peralatan yg lama. Masalah stability biasanya terjadi disebabkan kecuaian memilih peralatan yang tidak disokong oleh spesifikasi peralatan yang baru dan lama.
7. Bateri notebook adalah satu alat yang dipakai buang. Tempoh penggunaan (life-span) bagi bateri biasanya hanya bertahan dalam 30,000 H (usage) ~ berkadaran dalam 3 tahun sahaja. Bateri tersebut harus digantikan dengan bateri yang sama spesifikasi.
8. Pendrive / Removable drive / USB drive / biasanya cepat rosak jika disambungkan pada port USB anda yang hampir dengan kawasan pemasangan bateri / exhaust fan heat sink processor.
9. Penggunaan komponen wired (berwayar) berbanding wireless (tanpa-wayar) adalah lebih stabil dan laju dari segi penghantaran data. Sekiranya tidak perlu, elak menggunakan komponen wireless.
10. Musuh utama komponent komputer adalah haba. Elak dari kawasan yang panas dan tidak baik pengudaraannya. Habuk yang byk dan tersekat di dalam casing menyebabkan pemindahan haba ke ruang udara tidak efisyen menyebabkan komponen cepat panas.
11. Laptop boleh dimatikan dengan beberapa cara, antaranya dengan menekan butang power on / off selama beberapa saat (4 saat dan lebih). Namun, ianya tidak digalakkan. Jika laptop menjadi hang, guna button reset (jika ada). Jika perlu juga mematikan / shutdown, pastikan lampu indicator bagi hard disk tidak menyala sebelum mematikannya.
12. Antara bahagian bawah laptop yang sering menjadi panas adalah di bahagian terletaknya processor, heatsink, harddisk, ram dan bateri.
[ TIPS ] Penjagaan laptop / notebook:
1. Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen PSU (power supply unit) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.
2. Elak selalu format hard-disk secara low-level, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format sebaiknya.
3. Elak guna bateri semasa bekalan elektrik dari plug tersedia. Namun, kebanyakkan notebook pada masa kini adalah auto disconnected sekiranya bekalan elektrik dari plug disambung.
4. Elak dari menutup ruang udara di bawah laptop. Boleh menyebabkan kepanasan pada komponen laptop yang menyumbang kepada masalah stabiliti (laptop terpadam sendiri dan sebagainya.)
5. Elak menggunakan laptop pada tempat yang tertutup dan panas.
6. Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata.
7. Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruangan di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara diruangan bawah laptop yg sangat terkesan dengan haba.
8. Hantar untuk servis bagi membuang habuk yang terlekat di celahan heat sink processor dalam skala setahun sekali. Vacuum tidak mampu membuang habuk sepenuhnya. Membuka casing laptop memerlukan ketelitian dan pengetahuan, jadi anda tidak digalakan untuk mencuba sendiri.
9. Guna pembersih yang tidak menghakis untuk mencuci sebarang peralatan laptop. Gunakan kapas bagi membersihkan skrin LCD dengan pembersih skrin.
10. Guna berus cat yang masih belum digunakan dan masih lembut untuk membuang habuk di persekitaran skrin dan keyboard. Buang habuk yang melekat terutamanya di kipas process dan motherboard dengan memberus keluar perlahan2.
11. Pastikan laptop diceraikan dari bateri semasa dimasukkan kedalam beg. Mengelak dari kesan jangkamasa panjang hayat bateri dan mengelak kecurian.
12. Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana2 kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponent terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.
13. Beli / ganti peralatan komputer yang berkualiti. Barangan yang berkualiti adalah lebih tahan lama dan lebih efisyen. Kebiasaanya barangan berjenama dan berqualiti adalah mahal sedikit namun berbaloi untuk jangka masa yg lebih lama.
14. Elak meninggalkan laptop di dalam kenderaan terlalu lama di kawasan yang panas.
15. Elak menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Bole menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.
16. Elak menyerahkan laptop anda untuk dibaiki tanpa sebarang rekod salinan peralatan dan spesifikasi laptop anda yang sedia ada. Kecurian dari segi komponent mudah terjadi. Merugikan anda sekiranya berlaku tanpa anda ketahui.
17. Guna kesington key bagi mengunci laptop di meja. Mengelak dari kecurian ketika anda tiada bersama laptop.
18. Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakkan (death) pixel pada skrin.
19. Jangan mematikan (shutdown) laptop dengan terus mematikan switch plug atau dengan menekan butang on / off pd computer selama beberapa saat. Boleh mengakibatkan kehilangan / corrupted / bad sector pada hard disk / file. Juga memendekkan jangka hayat hard disk.
20. Elak dari menggunakan beg laptop yang nipis dan tidak mempunyai ketahanan. Mengelak dari retakan pada casing laptop atau sebarang kecacatan yang boleh terjadi.
21. Jangan menggunakan terlalu banyak peralatan yang disambung pada port USB sekiranya tidak perlu. Setiap peralatan / hardware menggunakan peratusan tenaga (dalam unit Watt) yang boleh mengakibatkan kekurangan / bekalan power (Watt) tidak mencukupi bagi hardware lain. Mengakibatkan stabiliti terganggu dan sesetengah kes, boleh menyebabkan kepanasan melampau pada port USB yang boleh mengakibatkan kerosakan pada alat (seperti Pendrive)
22. Sekiranya keyboard anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan dengan yang baru, beli soft-keyboard yang boleh digulung dan diperbuat daripada silikon. Mudah untuk digunakan dan amat selesa.
23. Sekiranya monitor anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan LCD baru, jadikan laptop tersebut sebagai PC dengan menyambung ke monitor luaran seperti LCD / CRT / Projektor.
24. Jika laptop berbunyi bising, hantar servis untuk membuang kotoran yang terlekat pada kipas atau heat sink laptop.
25. Jangan sesekali memasukkan DVD / VCD bersaiz kecil kedalam DVD / VCD player yang jenis auto insert and eject (slot-in type). Boleh merosakkan DVD / VCD player anda
Sunday, March 6, 2011
JALAN YANG DIREDOI
REMAJA adalah kelompok yang amat aktif dalam semua perkara. Remaja suka bertanya, suka mencuba, tidak serik dengan peristiwa, cenderung lasak, berjiwa adventure, suka menarik perhatian, gemar memperaga diri, sukakan hiburan, mahu berkawan malah suka bercinta. Inilah perkembangan naluri dan fitrah remaja dalam proses membentuk diri masuk ke alam dewasa.
Sebagai seorang remaja Islam, tidak salah bakat yang baik dikembangkan. Potensi yang dimiliki remaja boleh membangunkan diri, masyarakat dan negara dan potensi itu juga boleh merosakkan diri, meruntuhkan masyarakat dan juga negara. Isu utama di sini ialah bagaimana potensi dapat digilap dan disuburkan secara fitrah dan bagaimana bakat dapat digunakan secara bermanafaat dan berfaedah. Terdapat petanda yang jelas bagaimana bakat remaja terbazir dan disalahgunakan begitu saja tanpa memahami tujuan hidup dan tuntutan persiapan diri bagi remaja.
Islam memberikan remaja jalan dan nilai. Memahami ajaran Islam secara baik membantu remaja bagaimana dapat menjalani hidup secara terancang dan memberi faedah. Islam memandu remaja bagaimana melakukan pergaulan yang sihat supaya naluri berkawan dapat dipenuhi dan batas syarak dapat dipatuhi. Islam memberi dorongan untuk menuntut ilmu supaya dewasanya remaja nanti memiliki kekuatan yang amat perlu bagi pembangunan negara. Islam mendidik remaja menjadi jujur dan amanah supaya apabila mengambil tanggungjawab nanti, remaja akan mempunyai persiapan. Islam memandu remaja supaya memilih hiburan yang tidak melampaui batas supaya hiburan tidak menjadikan remaja lalai dan hilang keutamaan.
Islam tidak mengajar remaja hilang adab kepada orang tua kerana ia adalah tidak baik. Islam tidak menyuruh remaja bersifat takbur kerana orang yang takbur tidak diredai Allah. Islam tidak mengajar kita supaya miskin harta dan miskin ilmu malah Islam menganjurkan kita sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat. Islam tidak menganjurkan remaja supaya bersikap mundur terhadap kemajuan dan perubahan kerana keadaan sedemikian boleh menyebabkan kita hina dan dipandang rendah.
Kental
Yang lebih utama ialah harus ada jiwa yang kental bahawa remaja ada Allah yang sentiasa melimpahkan rahmat dan nikmat yang tidak terkira. Tanda-tanda kebesaran Allah adalah amat banyak untuk menjadikan kita yakin dan patuh kepada-Nya. Remaja tidak melakukan penciptaan terhadap sesuatu tetapi ia dilakukan oleh Allah. Remaja hanya mampu mereka, mengolah dan menggubah daripada sesuatu yang sedia ada kerana manusia ada pemikiran kreatifnya. Bayangkan tanpa air sebagai sumber nikmat apakah yang dapat kita minum. Bayangkan tanpa akal untuk berfikir apakah daya untuk memiliki ilmu dan ikhtiar. Kalau hujan tidak diturunkan, bayangkan tanah-tanah yang kering tidak akan subur untuk menumbuhkan pokok yang menjadi sumber rezeki manusia. Perhatikan planet yang bergerak teratur dan tersusun, siapakah pengawalnya kalau tidak Allah. Manusia cuba menguruskan sistem di jalan raya. Sehebat mana susunannya, kemalangan tetap berlaku dan kesesakan sering terjadi. Betapa sistem solar dan kosmos yang berputar menyebabkan sesuatu itu berjalan dengan tepat tanpa adanya perlanggaran dan kesesakan. Kuasa apakah itu yang Maha Pengatur Dan Maha Penyusun. Remaja seperti orang lain memiliki roh.
Roh itu tidak datangnya daripada manusia. Roh itu pastinya milik Allah. Disebabkan roh itu milik-Nya, ia boleh mengambilnya pada bila-bila masa yang ia mahu. Remaja hanya mampu berdoa dan berikhtiar. Ketentuan akhir bagi sesuatu bukan di tangan kita. Ia adalah milik Pencipta. Remaja dan manusia lain juga sifatnya fana atau tidak kekal. Berlaku silih gantian antara yang hidup dengan yang mati dan antara pohon yang tumbuh dan rebah. Manusia dan makhluk tidak kekal. Tetapi siapa yang kekal? Kalau tidak ada yang kekal tentu tidak ada yang sementara. Adanya kesementaraan tentu ada yang kekal kerana yang kekallah menyebabkan adanya kesementaraan. Tanpa yang kekal tidak akan ada silih gantian. Yang kekal itu ialah Allah dan yang sementara itu adalah kita. Hinggalah kita bertemu dengan-Nya nanti maka barulah Allah menentukan di mana kita.
Memahami hakikat ketuhanan boleh menyebabkan remaja yakin tentang Pencipta yang Maha Berkuasa. Daripadanya datang jiwa hamba yang tinggi. Daripadanya lahir rasa patuh, akur, taat dan tunduk. Daripadanya datang sifat melakukan sesuatu untuk mendapatkan perkenan-Nya atau reda-Nya. Bersifat jujur, baik hati, suka membantu, rajin bekerja, amanah dalam pengurusan, taat kepada ibu bapa, kasihkan guru, setia kepada kawan yang baik, cintakan ilmu, tahu membezakan baik dan buruk terhadap sesuatu adalah perkara-perkara yang Allah reda.
Sekiranya perlakuan remaja dalam reda Allah, amalan di dunia akan jadi natijah akhirat. Kebaikan yang remaja lakukan dalam hidup ini tidak saja membawa kebaikan kepada remaja tetapi membawa kebaikan juga kepada orang lain juga. Katakan remaja kasihkan Allah kerana Ia Maha Berkuasa dan Perkasa menyebabkan remaja akan kasihkan ibu bapa dan orang lain. Tidak mungkin orang yang benar-benar kasihkan Allah akan melakukan kezaliman terhadap orang lain. Remaja yang beriman dan bertakwa akan sentiasa memiliki kesedaran ketuhanan yang tinggi. Remaja akan sentiasa insaf bahawa perbuatannya diperhatikan, perilakunya dicatatkan dan setiap apa yang dikerjakan sentiasa dalam pengetahuan Allah. Oleh itu pancaran kasih kepada Allah adalah gambaran ketaatan, kepatuhan yang tinggi terhadap-Nya.
Katakan remaja kasihkan ilmu kerana ilmu memberi manfaat kepada manusia. Tidak mungkin ilmu datang kepada remaja tanpa izin daripada Allah. Ilmu yang Allah reda tidak saja berguna dan berfaedah tetapi mendekatkan manusia dengan Pencipta. Apabila remaja berasa kedekatan dan kehampirannya dengan Allah, ilmu akan terus dicari dan ditingkatkan Dan amalan juga terus diperbanyak dan dikembangkan. Kedekatan dan kehampiran kepada Allah bukan bermakna hampir dan dekat dari segi jarak tetapi kedekatan dan kehampiran remaja terhadap Allah dilihat daripada bukti amalan yang Allah reda, niat yang sentiasa ikhlas dan hati remaja yang sentiasa tidak putus asa yang membayangkan usaha remaja yang berterusan untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan walaupun sebesar biji sawi, Allah mengetahuinya. Keyakinan inilah yang sebenarnya menyebabkan remaja yakin akan reda Allah.
Budaya
Sekiranya budaya atau cara hidup yang yang bersandarkan kepada reda Allah wujud pada diri remaja, ia menyebabkan para remaja tidak sahaja memiliki pedoman dan dorongan yang terbaik untuk memandu jalan hidup remaja tetapi budaya reda Allah ini boleh membentuk kedewasaan remaja nantinya menjadi orang yang sentiasa taat dan patuh terhadap apa yang disuruh oleh Allah dan sentiasa mengelak dan tidak melakukan apa yang dilarang. Budaya ini apabila meresap dalam diri dan amalan remaja ia bakal menjadikan remaja orang yang sentiasa dalam rahmat Allah.
Bayangkan pada hari ini ramai remaja terjebak dengan salah laku yang berbagai. Perhatikan pada masa kini ramai remaja menjadi mangsa dadah, salah laku sosial, malah mangsa AIDS/HIV yang akhirnya jadi derita dan sengsara. Saksikan bagaimana mangsa-mangsa ini sudah hilang jalan kembali. Harapan untuk berperanan sudah hilang. Hidupnya pun ibarat bangkai bernyawa. Tidak memberi guna kepada diri dan menjadi beban terhadap orang lain. Puncanya ialah kerana hilang pedoman, tunduk kepada rangsangan hawa nafsu, tidak takutkan balasan Allah dan akhirnya kelazatan yang sementara menjadi buruan.
Memilih jalan yang Allah reda adalah jalan yang terbaik bagi remaja bagi menentukan hala tuju hidupnya. Keyakinan terhadap Allah adalah syarat utama. Allah turunkan al-Quran sebagai sumber petunjuk dan sumber ilmu. Tanpanya remaja bakal hilang pedoman kerana kekuatan akal adalah tidak segala-gala. Allah pilih nabi dan rasul untuk menjadi contoh ikutan kerana tanpa sumber teladan yang fitrah remaja akan kesasaran dan memilih ‘idola’ dan ‘diva’ sebagai lambang. Allah berikan remaja rahmat dan nikmat yang banyak supaya daripadanya remaja akan hidup dan bakal dewasa dalam reda-Nya.
Inilah jalan pencarian yang perlu bagi remaja supaya hidup yang sementara memberi makna yang kekal di akhirat nanti. Inilah jalan reda yang perlu diikuti supaya remaja tidak sesat dan akhirnya menyesal.
- PROF. DR. SIDEK BABA IALAH Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
SEJARAH PENUBUHAN 3
Dalam masa peralihan daripada kerajaan Jepun kepada kerajaan Negeri Bersekutu pada tahun 1945 Tanah Melayu diperintah buat sementara waktu oleh Bintang Tiga selama 3 bulan 10 hari. Tiada siapa yang dapat membayangkan kezaliman Bintang Tiga ini. Tetapi Madrasah Khairiah ini menjadi tempat perlindungan bagi orang-orang melayu di daerah Baling daripada kezaliman Bintang Tiga tersebut.
Tuan Guru Hj. Yahaya telah berangkat semula ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji.Sepeninggalannya ke Tanah Suci pentadbiran Madrasah disandang oleh Pak Su Haji Ahmad. Dalam masa tersebut beliau telah membesarkan lagi Madrasah disebelah hilirnya.
Sepulangannya dari Tanah Suci Mekah setahun kemudiaan, Tuan Guru Hj. Yahaya telah menyambungkan semula pengajarannya di Madrasah Khairiah. Semenjak dari itu pada setiap hari dan
bulan bilangan pelajarnya semakin bertambah.
KUNJUNGAN DATO' ONN JAAFAR
Di tahun 1940-an semangat Hidup Melayu bergema dalam masyarakat melayu. Pada tahun 1945 telah diadakan satu majlis 'IHTIFAL' secara besar-besaran di Madrasah yang dianjurkan oleh penduduk tempatan. Dengan usaha Paksu Haji Ahmad maka di dalam majlis tersebuat turut dihadiri oleh Sultan Kedah, Dato' Onn Jaafar, pembesar-pembesar negeri serta orang-orang kenamaan yang lain. Lebih puluhan ribu manusia hadir pada hari tersebut untuk mendengar ucapan Dato' Onn Jaafar dalam memperjuangkan nasib Melayu. Pada hari tersebut tidak kurang dari 20 ekor kerbau yang disembelih untuk jamuan kepada hadirin. Dari sini jelas bahawa kemasyuran, kemajuan dan kejayaan Madrasah Khairiah pada masa itu adalah gabungan dua tenaga utama iaitu Tuan Guru Hj.Yahaya sendiri yang bergiat dalam bidang pelajaran dan Pak Su Hj. Ahmad yang memainkan peranan dalam hal-hal luar.
Sistem Pelajaran Secara Nizomi
Sebelum tahun 1951 Madrasah Khairiah hanya menumpukan pembelajarannya secara umumi semata-mata dengan mempelajari kitab-kitab agama yang ditulis dalam bahasa melayu Pattani yang
diterjemahkan dari kitab Arab sendiri oleh guru-guru Pattani di Mekah disamping kitab-kitab agama yang ditulis di dalam bahasa Arab sendiri. Tetapi kemudiaannya pada tahun 1951 dengan persetujuan mesyuarat agung, Tuan Guru bersetuju mengadakan pengajian secara Nizomi dan mengikuti pengajian secara umumi pada malamnya yang dikendalikan oleh Tuan Guru Hj. Yahaya sendiri. Dalam system Nizomi tenaga pengajar terdiri daripada murid-murid tua yang menjalankan tugas secara sukarela.
Mereka ialah Hj. Hassan Rasyid (Mudir), Hj. Zakaria Hj. Ahmad, Haji Abdullah Awang Besar, Haji Sulaiman Ibrahim Al- Fahmi, haji Badruddin dan Haji Abdul Rahman Hj. Majid.
KELU UCAP TERIMA KASIH
HANYA dua perkataan untuk mengungkapkan 'Terima Kasih' namun masih sukar mahu mengucapkannya.
Ia nampak remeh tetapi kepentingannya tidak mampu disangkal. Malangnya, masyarakat semakin susah membuka mulut untuk berterima kasih sekali gus menggambarkan nilai kesopanan kian terhakis.
Walaupun ada yang berkata, besar sangatkah nilai ucapan itu, saya tetap pertahankan, ia memang penting kerana menggambarkan nilai budi seseorang.
Bayangkan situasi ini. Sesudah pertolongan diberikan, kemudian ucapkan terima kasih, bagaimanakah rasanya. Bagaimana pula jika tiada ucapan. Sudah tentu ada perbezaan, bukan?
Sayangnya, perbuatan semudah itu semakin dilupakan gara-gara aliran perubahan dunia yang mementingkan kemodenan. Mungkin ada anggapan, perbuatan itu tampak kuno.
Justeru, tidak hairanlah kebanyakan golongan generasi muda kini tidak mengambil berat kepentingan mengucapkan terima kasih.
Persoalannya, adakah perlu sentiasa mengucapkan terima kasih sedangkan ada kalanya tidak perlu berbuat demikian kerana orang memahaminya.
Tiada sebab menolak nilai perbuatan yang baik. Contohnya, jika diguna pakai di sekolah, ia boleh membentuk sahsiah murni di kalangan generasi muda. Bukankah ini satu nilai tambah yang bermanfaat?
Kita tidak boleh menolak kenyataan ramai golongan muda hari ini sudah rendah nilai akhlaknya, sentiasa bersikap kurang ajar dan sebagainya.
Namun, menyalahkan mereka sepenuhnya juga tidak wajar kerana pendedahan terhadap pelbagai informasi dan perlakuan menerusi medium seperti Internet, televisyen dan sebagainya sudah tidak mampu dikawal.
Bagaimanapun, menerusi nilai murni yang diterapkan, ia mampu mengekang budaya melampau dan ia boleh dibentuk serta dimulakan di peringkat awal menerusi institusi sekolah atau rumah.
Justeru, apabila pelbagai pihak memperkenal dan menekankan pembelajaran nilai murni, ia sangat dialu-alukan kerana pengaruhnya besar dalam membentuk generasi berkualiti masa depan.
Diakui, antara institusi terpenting yang memainkan peranan ini ialah sekolah namun tanggungjawab itu juga seharusnya dimulakan di rumah atas bimbingan ibu bapa.
Ia lebih berkesan kerana ibu bapa adalah insan paling dekat di hati anak. Jika ibu bapa mencorakkannya, tentu pembentukan asas itu akan kukuh kerana pada masa sama boleh berperanan sebagai model ikutan yang baik.
Apabila kedua-dua pihak saling membantu, penerapan apa saja nilai murni akan berjaya kerana masing-masing mengetahui peranan yang perlu dilaksanakan.
Semua pihak berhasrat melahirkan golongan pemimpin berkaliber dan berani. Bagaimanapun adakah hasrat ini mudah dicapai jika asas pembentukan diri yang mudah gagal dilaksanakan?
Justeru, supaya tidak akan berputih mata, mulakan langkah dari sekarang. Sama ada ibu bapa atau guru, mereka perlu menerangkan kepentingan mendukung nilai murni biarpun ada kalanya nampak mudah atau remeh.
Jadikan institusi sekolah atau rumah sebagai platform awal membuat latihan. Saya percaya, jika selalu dipraktikkan, tiada sebab hasrat melahirkan golongan berbudi pekerti akan gagal.
Yang penting, mulakan langkah awal dan usaha. Kita tidak dapat mengetahui kejayaan mahupun kegagalan jika tidak berubah dan bergerak.
Friday, March 4, 2011
BATU-BATU BERJALAN
Apakah mereka digerakkan oleh manusia atau haiwan?
Jejak yang terbentuk di belakang batu menunjukkan bahawa batu-batu berjalan itu berpindah di atas permukaan Racetrack Playa masih ditutupi dengan lumpur yang sangat lembut. Dan, di sekitar jejak batu, tidak ada lumpur yang rosak akibat jejak makhluk hidup yang lain. Ertinya, sangat kecil kemungkinan batu tersebut dipindahkan oleh manusia dan haiwan.
Apakah mereka digerakkan oleh angin?
Ini penjelasan paling logik dan dipilih banyak orang kerana undian.Bukan sekadar meneka-neka. Tapi, jika dipelajari dari jejak batu yang berjalan, arahnya sejajar dengan arah angin yang bertiup di Racetrack Playa, yakni dari barat daya ke arah timur laut.Hembusan angin kencang dijangka mampu menolak batu sampai berpindah tempat.
Apakah mereka digerakkan oleh ais?
Beberapa orang mengaku sempat menyaksikan Racetrack Playa yang diliputi oleh lapisan ais tipis.Oleh sebab itu,air membeku di sekitar batu. Lalu, angin bertiup di atas permukaan ais dan mengheret lapisan ais berikut batu yang berada di permukaan ais.
Beberapa kajian telah menemukan jejak sangat jelas pada beberapa batu. Namun, seharusnya pengangkutan lapisan batu besar diharapkan meninggalkan tanda pada permukaan Playa.Namun,sampai sekarang, tanda tersebut belum boleh dibuktikan.
Mungkin anda bersetuju dengan salah satu daripada beberapa penjelasan di atas. Atau, tidak ada salahnya jika anda mempunyai penjelasan lain yang berbeza. Tetapi, mungkin cerita ini akan tetap menarik jika jawapannya tidak pernah diketahui dan menjadi misteri.Itu semua adalah ciptaan ALLAH swt.Settle
sumber : Misteri Batu-Batu Berjalan di California
KATA BERMOTIVASI
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius
HATI DAN PERASAAN
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, and hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Wednesday, March 2, 2011
FORMULA MENCAPAI MATLAMAT ANDA
1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.
2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”
Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.
3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.
Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!
4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.
Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.
5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.
6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?
Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.
8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.
9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.
Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.
Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.
10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!
11: Janji pada diri sendiri…
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!
Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.
Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.
Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!
Sumber: Irfan Khairi
KALAU MAHU SEMUA BOLEH
Di antara hikmah kita dijadikan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini ialah bila kita diberikan akal untuk berfikir kemudian mengemudi akal kita dengan cara yang terbaik dan bila baik pelayaran akal kita maka kita akan berlabuh dengan mulia di pelabuhan abadi nanti. Namun, kadangkalanya kita sering menjadi seorang pelayar yang gagal, sudah berputus asa dan harapan, biarkan sahaja bahtera karam atau berlabuh di pulau sepi. Akhirnya pelayar kapal kalah dengan ciptaanNya yang bernama ombak dan ribut. Tiada akal dan tiada otak. Bagi pelayar yang berjaya melabuhkan kapalnya pula merupakan wira samudera, bijak dan hebat megawal keadaan serta perkasa membunuh 'TAKUT'. Kini pelayar yang berjaya sudah tiba di pelabuhan. Kemana destinasinya? Itulah hikmah manusia, dijadikan untuk benar-benar manjadi “Manusia yang Manusia”.
LUMRAH TRADISI DAN TRANSFORMASI
Menjadi seorang yang berjaya dan disegani bukanlah bermula dengan mudah dan senang, tidak seperti menyebut huruf A hingga ke Z. Rintangan dan dugaannya susah; perlu menghadapi dan dihadapi. Itu lumrah keadaan, bukan ciptaan mahupun rekaan. Bila mahu melaksanakan sesuatu yang baru, pasti ada yang memberontak; si TRADISI pasti bertindak menghalang si TRANSFORMASI untuk terus melaksanakan cita-cita. Akhirnya 1001 pertembungan akan berlaku. Siapa salah, siapa benar? Sekiranya dibincang dan dibahaskan, akhirnya pasti juga wujud “Khilaf”, akhirnya kedua-dua itu terkapai-kapai mencari titik yang tidak bertanda. TRADISI itu adatnya. Kena berpegang dan teguh berdiri. TRANSFORMASI itu pengubah adat. Perlu berkembang dan harus berjalan.
KALAU MAHU SEMUA BOLEH
Jika kita mahukan sesuatu luar biasa, apa yang kita akan buat? “Aku akan buat dan usaha sampai dapat!”, “Mestilah nak buat.. seronoknya!”. Angan-angan sudah mengatasi segalanya. Dibuai angan-angan kemudian diulit mimpi-mimpi indah dan kesudahannya sehingga kini masih lagi di KAKI AKAR. Berangan dan terus bermimpi-mimpi. KITA pasti bukan yang asyik berangan-angan dan bermimpi-mimpi, begitu juga saya. Kalau mahu semua boleh, kalau nak tiada yang mustahil dengan izin Allah. Ini kata-kata Abang Qobin (Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, Belia Melayu Islam yang pertama sampai di Everest , dan Belia Malaysia mengelilingi dunia dengan hanya berbasikal) pada saya setahun yang lalu dan ini juga maksud kata-kata Pasangan Muslim Pertama Asia dari Brunei Darussalam yang mengelilingi dunia dengan kereta pacuan 4 roda (Puan hayati dan Encik Harun). Mereka merupakan diantara insan yang cukup bertuah dengan diri mereka kerana mereka dapat apa yang mereka mahu. Tiada tuah yang mendekati mereka, kerana mereka sendiri yang mencari tuah, itu istimewanya kerana mereka bukan pelayar yang berputus asa dan apa yang mereka tahu ialah “Kalau mahu semua boleh!”. Mereka Berjaya kerana mereka berpegang pada prinsip dan misi. Mereka juga berjaya kerana mereka mahu menjadi yang terbaik. Misi yang mulia akhirnya menjadikan mereka insan yang disegani. Mereka juga manusia seperti saya dan anda. Siapa tahu, kita bakal menjadi seperti mereka?
“HIJRAH ITU LAUTANNYA DUGA , NAMUN PELABUHANNYA INDAH”